Air Campuran Lemon: Isotonik Semulajadi!

Maria Firdz
8
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Saranan asas pakar perubatan dan pemakanan agar minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter sehari sememangnya dapat membantu mengekal serta meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia membuatkan kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang terutama yang berumur, sungguh menyusahkan serta diang­gap sebagai masalah atau gangguan.

Ada juga yang enggan minum air atas alasan tiada rasa dan lebih gemar memilih minuman manis. Bagi yang culas untuk memulakan tabiat minum air kosong, mungkin boleh cuba menambah hirisan lemon atau madu (juga kedua-duanya).

Selain membantu mengurangkan dahaga dengan segera berbanding minuman manis lain, campuran lemon dan madu membantu menambah nutrien dalam tubuh seperti vitamin serta mineral.

Berdasarkan tip dalam laman sesawang www.livingtraditionally.com, minum air kosong yang dicampur lemon dan madu ini sebaiknya diamalkan setiap pagi.

Kombinasi air dan lemon ini juga disifatkan sebagai penggalak tenaga semula jadi terbaik. Kala kita bangun pagi, tisu badan kita mengalami masalah dehidrasi dan memerlukan air untuk me­nyingkirkan toksin lalu meng­galakkan baik pulih pada sel.

Dalam erti kata lain, air lemonade buatan sendiri ini membantu menghapuskan toksin dalaman, mengawal selia buah pinggang dan fungsi saluran penghadaman dengan membuatkannya bekerja lebih lancar.
  • Air dan lemon membekalkan elektrolit yang memberikan lembapan pada tubuh. Lemon mengandungi elektrolit seperti kalium, kalsium dan magnesium.

  • Air dan lemon disifatkan baik untuk sendi kerana ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami di bahagian terbabit berikutan faktor usia serta perubahan gaya hidup.

  • Air suam bersama lemon membantu proses penghadaman yang lebih baik kerana ia mengandungi asid sitrik. Ia berinteraksi dengan enzim lain yang mudah merangsang rembesan jus gastrik dan sistem penghadaman.

  • Hati mengeluarkan lebih banyak enzim daripada air campuran lemon berbanding makanan dan minuman lain.

  • Air dan lemon membantu membersihkan hati. Jus lemon merangsang sistem dalaman hati untuk membebaskan toksin.

  • Air dan lemon membantu menentang jangkitan pada pernafasan, sakit tekak dan kerengsaan di tonsil. Ia disebabkan oleh faktor antikerangsaan yang tinggi dalam buah lemon.

  • Air suam yang dicampur dengan lemon membantu mengawal pergerakan usus.

  • Air dengan lemon sangat diperlukan untuk membantu sistem metabolisme normal. Disebabkan lemon bertindak sebagai antioksidan yang kuat, ia melindungi tubuh daripada radikal bebas lalu menguatkan sistem imun.

  • Air campuran lemon membantu sistem saraf berfungsi dengan baik kerana lemon mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Kemurungan dan keresahan sering berlaku apabila sese­orang itu mengalami tahap kalium yang rendah dalam darahnya. Sistem saraf memerlukan jumlah kalium mencukupi untuk memastikan isyarat mampan ke jantung. (Orang yang murung dan susah senyum/stress elok juga amalkan ni... )

  • Air dan lemon membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pengambilan harian boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sebanyak 10 peratus. [sumber]
Memang patut cuba nih... musim panas macam ni... Boleh buat bekal air ni.... Bagus tips ni.. Sebagai minuman isotonik semulajadi... Takde tambahan gula, perasa dan pewarna kan... Memang patut cuba, buat dan amalkan... 

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Nurul suka air.. suka minum air.. mana2 pun bawa botol air dalam hbag..

    BalasPadam
  2. lemon mahal . boleh kot gantikan dgn limau kasturi ... selalunya saya guna je limau kasturi bersama halia .

    BalasPadam
  3. Lahai..sgt tak berminat dgn makanan yg berasaskan lemo ...bau2 lemon pon kureng. Leh mabuk huwaa...

    BalasPadam
  4. Kak lya suka lemon ..slalu gak buat aif lemon hehe

    BalasPadam
  5. suami suka la buat air ni
    tima kasih mf

    BalasPadam
  6. sedap kan air lemon. Baru juga start amalkan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !