Anak Sulung Memang Macam Ni Ke?

11
fakta anak sulung perempuan
Antara perbezaan anak sulung, tengah, bongsu dan anak tunggal...

Sumber: google images

"Ummi... biarlah kakak buat... ", "Ummi, kakak nak buat sendiri", "Takpe lah biar kakak ambilkan"

Itu antara dialog biasa dari kakak Faiqah.... Kadang dia rasa dia dah besar, hinggakan perkara yang tak patut dia buat, dia nak lakukan sendiri.... Merajuk dan marah jika MF atau suami nak bantu dia... Memang anak sulung macam tu ek??? 

Fakta anak sulung

Beberapa fakta tentang anak sulung! 
Sifat : Sifat dasar anak pertama adalah bijaksana, bersikap lebih dewasa dan memiliki paling banyak ilmu namun jarang dikeluarkan/diucapkan. Lebih banyak berfikir. Anak Sulung berfikir lebih mendalam serta kritis (umumnya memiliki daya analisa yang paling teliti). 
Anak pertama kebiasaannya mempunyai banyak ilmu, di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh ucapan kecuali oleh teman terdekatnya saja. Sifat baik anak Sulung yang lain adalah jarang memukul atau tidak suka mengusik kerana sifatnya agak serius. Mereka sentiasa memikirkan masa hadapan keluarga, diri sendiri. 
Sifat buruk anak Sulung adalah paling tegar, paling liat, dan sangat pemilih dalam urusan jodoh daripada anak-anak yang lain (pada umumnya), dan biasanya sangat mengharapkan sekali pasangan yang kacak atau yang cantik, dan berduit. 
Selera Jodoh :Anak Pertama orangnya lebih matang dan dewasa, biasanya suka dengan anak Bungsu, namun tidak menutup kemungkinan suka anak di posisi yang lain. asalkan ada rasa cinta, karana pada umumnya Anak pertama menyukai pasangan yang cantik/kacak atau yang berfikiran jauh/matang (idealistik). Mereka lebih cerewet dalam soal jodoh kerana inginkan yang terbaik untuk keluarga. Dapat dijadikan contoh yang baik. Sikap orang lain tak boleh lebih darinya jadi pegangan.
Antara sifat di atas memang tak nampak la lagi sekarang pada kakak... cuma sifat protective dia tu ada... dia memang sayangkan adik dia dah tak pernah sesekali buat adik... cuma kadangkala bila dia bergurau dengan adik tu agak kasar sikit... dia ingat adik dia dah besar... Bahkan bila si adik mengusik kakak, dia mengadu dan menangis dan tak buat adik dia... Kadang-kadang gaya dia memang macam budak besar... dan mudah di suruh... tak banyak ragam... tapi yang ketara, manja nya tetap ada...terutama dengan Abi dia... Cepatnya masa berlalu... dah nampak dah nak jadi anak dara dah si kakak ni... Makin bertambah berat tanggungjawab yang ada... moga diberi kekuatan dan kesabaran mendidik anak-anak solehah amanah Allah ini.. 

Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Yang penting - semoga anak2 kita sentiasa saling mengasihi sesama mereka...

    BalasPadam
  2. haah laa.. sy pon anak sulung.. mak cerita dulu semuanya sy nak buat sendiri..adik berak , kencing pon sy excited nak cuci kann.. hahahaha.. tp mak x kasi, sebab nanti x bersih sebb time tu sy bru 2-3 tahun mcm tuu... plus bila dah jadi kakak ni, opcozzz laa garang & panas baran.. dah paling besar.. mesti laa nak menang je.. Well.. saya kan kakak.. gittcheww

    BalasPadam
  3. Anak sulung saya pun very protective tapi more manja dengan Mommynya. Hati pun ada sedikit lembut. Yang si adiknya pulak memang tahan lasak, guna bateri tahan lama. Tak reti duduk diam. Tapi saya rasa perbezaan sikap mereka berdua ni yang membuatkan hidup saya sebagai emak penuh warna-warnilah ^__^

    BalasPadam
  4. hahaha kite anak no 2 tp my sis takde pun cici2 mcm tu hehehehe :)

    BalasPadam
  5. Setujuuu anak pertama memang macam tuu . tak suka buat adik wlupon time gaduh . Lepastu dia sayang adik-2 dia tapi tanak tunjukk . hiksss .

    BalasPadam
  6. fakta diatas ada byk yg kena dengan anak yg sulung :)

    BalasPadam
  7. anak last tu macam ada terkena pulak. HAHA. yee anak last cepat bosan ! haha

    BalasPadam
  8. Hehehe anak sulung Kak Lyapon camni jugak semua bendadia nak buat sendiri hehehe

    BalasPadam
  9. Saya ank yg xde dlm senarai. Huhuhu... Cerita pasal anak pertama, kakak saya la. Dlm bab jodoh mmg nmpk sgt dia memilih. So dia pegang rekod kawen paling lambat setakat ni. Yg lain tu depends macamana parent bentuk character ank diorang kot. Kot la kan. Hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan