GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Anak Berkulit Sensitif!


Anak Berkulit Sensitif! | Lain anak, lain ragam, lain pengalaman dan lain cabarannya.... begitulah ragamnya si adik... si adik berbeza kulitnya dari si kakak... walaupun lahir dari rahim yang sama... tapi gaya pemakanan semasa mengandung yang berbeza, buatkan badan, imunisasi serta kulit mereka sangat berbeza... 

Ramai katakan amalkan minum soya dan ambil makanan berasaskan soya menyebabkan kulit sensitif dan mudah kena ekzema.. tapi terbalik dengan apa yang MF alami... Waktu MF mengandungkan si kakak, MF memang terlalu addict dengan soya terutama taufu fah.. Hari-hari MF makan... sampai bertimbun bekas taufu fah kat rumah... Kesannya kulit si kakak cantik, halus dan bersih...putih tu takde lah sangat sebab genetiknya mana putih sangat.. tapi kulit kakak ni tahan lasak... 

Waktu mengandungkan si adik.. MF kurang suka makan tauf fah ataupun soya.. tempe pun makan sekali-sekala... Kesannya, kulit si adik sensitif dan mudah naik ruam... bahkan ruamnya macam kena campak.. Adik juga tak boleh tersalah makan... kalau salah makan mula lah, naik ruam satu badan.. Jadi, MF juga kena berhati-hati dalam bab pemakanan... tak boleh makan sebarang... Baru-baru ni pun naik ruam tu... Mencari punca... dan MF kena pantang seafood buat sementara... sebab adik menyusu badan lagi... Maka, bertabahlah untuk berpantang hingga tamat sesi penyusuan adik... 

Kes alergik dan kulit sensitif ni memang ada genetik dari sebelah keluarga MF, anak-anak saudara MF ada yang kena asma dan berkulit sensitif ni... bahkan salah seorang anak kakak MF, alergik teruk...hinggakan tidak boleh terima langsung susu tepung, bahkan kakak MF kata, kalau setitis santan terpercik kena kulit dia, terus naik merah dan ruam gatal satu badan... memang teruk.. Tapi lepas 2 tahun, reda dah sakit dia tu...sekarang dia dah boleh minum susu tepung dan makan makanan bersantan... 
Anak Berkulit Sensitif!
sumber: google images


Tanda alergik

Menurut pembacaan MF... ada beberapa penyebab kepada anak alergik seperti makanan tenusu, kekacang, dan makanan laut. 

Beberapa tanda bayi mengalami alergik:

  • Ruam pada kulit. Bintik-bintik merah di kawasan pipi bayi menandakan petunjuk awal bayi mengalami alergi terutama jika belum hilang dalam jangka masa yang lama.
  • Selesema. Ia berbeza dengan selesema biasa. Bayi yang mengalami selesema akibat alergi akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidungnya. Sementara bayi yang mengalami selesema biasa mengeluarkan cecair kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.
  • Buang air besar berdarah. Apabila alergi sudah mengganggu saluran pencernaan, bayi akan membuang air besar berdarah. Ia biasa berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.
  • Cirit dan muntah. Sekiranya masalah alergi tidak dikenal pasti puncanya dan ibu tidak sedar anak sedang mengalami alergi, bayi cenderung mengalami cirit birit dan muntah.

Setakat ni, adik mengalami kulit sensitif,.. takde pula alami selain dari itu... memang kena pantau dan pantang sikit adik ni... tak boleh panas dan berhabuk... kalau balik kampung kena standby bedak sejuk je la... itulah pabila anak berkulit sensitif.. Namun, alhamdulillah.. ianya masih boleh dikawal.. 

Lactacyd
Anak Berkulit Sensitif!
Dan untuk mengatasi kulit sensitif si adik.. pakar kanak-kanak syor kan adik guna sabun khas dari Lactacyd... Alhamdulillah, cepat baik dan tak tinggalkan parut... 

5Ulasan

  1. una ni dah tua2 ni pun kulit pantang la kene air kotor sikit.. naik gatal2.. n sampai takleh stop makan ubat semua.. sedihhhhh

    BalasPadam
  2. Wana pon ada dengar juga kalau makan atau minum berasaskan soya kulit anak sensitif tapi anak MF terbalik pula ek..:)

    BalasPadam
  3. Mujur irfan jenis kulit xsensitif,klu tak,jenuh gak nk handle mcm anak sedara cn

    BalasPadam
  4. hampir sm mcm kes sy jg ... alergi dgn seafood

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ