10 Benda Yang Tidak Boleh Dibeli dengan Duit!

5

1. Hidayah Allah
Sekaya mana pun seseorang tu dia tak mampu nak beli hidayah Allah... HidayahAllah tiada ternilai... Nikmat iman dan Islam tu anugaerah dan kekayaan yang tak ternilai. Kerana itu, bersyukurlah jika kita dalam lindungan dan hidayah Allah.

2. Kebahagiaan dan ketenangan jiwa
Banyak duit, kaya harta belum tentu dapat beli kebahagiaan dan ketenangan jiwa dan hati. Orang miskin tak semesti dia tak bahagia.. Kadang-kadang orang yang miskin tu lebih bahagia dari kaya... Ea lah.. Tak perlu bayar hutang... Dan itu lebih menenangkan jiwa dan hati.

3. Kesihatan
Duit banyak tapi selalu sakit tiada maknanya... Duit itu dihabiskan untuk berubat tapi itu bukan satu kesenangan. Sebab bila sakit banyak benda tak boleh makan.. Jadi apa guna banyak duit bukan..

4. Akhlak yang baik
Sikap dan akhlak yang baik tak boleh dijual beli. Sebba tu kalai orang kaya tapi perangai buruk orang tak pandang... Biar miskin harta tapi kaya budi bahasa.

5. Cinta
Kaya macam mana pun, banyak duit macam mana pun pasti tak dapat beli cinta seseorang apatah lagi cinta Allah.

6. Persahabatan
Persahabatan yang indah berasaskan cintai Ilahi... Banyak duit macam mana pun kita tak mampu beli persahabatan yang ikhlas. Bersahabat kerana duit tidak kekal lama, bahkan boleh cetuskan permusuhan dan pergaduhan.

7. Kejayaan
Nak berjaya tak semestinya kaya... Banyak cara untuk berjaya... Orang yang banyak duit tak semestinya orang yang berjaya. Orang miskin kadang-kadang lebih berjaya... Kejayaan dinilai dari banyak segi... dan kejayaan yang sebenar ialah berjaya di dunia dan di akhirat.

8. Bakat
Bakat seseorang dah memang ditentukan sejak azali... Setiap orang ada bakat tersendiri... Banyak duit tak mampu beli bakat yang dia tak miliki.

9. Masa
Masa itu ibarat emas... kerana harganya bukan kerana ia boleh dibeli. Masa yang lepas tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walau berkepuk duit yang kita ada... kita tak mampu beli masa depan dan masa lepas. Hargailah masa sebaiknya.

10. Kedamaian
Kedamaian hati dan fikiran datangnya dari keimanan yang tinggi kepada Allah dan Rasul... Banyak duit belum tentu hati dan fikirannya... berapa ramai orang kaya, tapi hati da fikirannya tidak perlu temui kedamaian... Kerana kedamaian tidak boleh dibeli, sebaliknya perlu dicari dan dekatkan diri dengan Ilahi...

Banyak duit tak bererti mewah
Tiada duit tak bererti miskin
Banyak duit tak bererti bahagia
Tiada duit tak bererti derita
Banyak duit tak bererti sihat
Tiada duit tak bererti sakit

Hidup memerlukan duit, tapi duit bukanlah segalanya-galanya... Ku sendiri pernah laluinya.. akhirnya aku memilih kebahagiaan, bukan duit... kerana duit buatkan hidupku serba tak kena... biar miskin asal tenang dan bahagia... hidup sederhana asalkan tak meminta-minta... asalkan damainya jiwa menghadap Yang Esa...

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Salam Lebaran sis..maaf zahir batin ye...
    makasih berkongsi ilmu...:)

    BalasPadam
  2. Tak semua benda boleh dibeli dengan duit

    BalasPadam
  3. betul sangat... perkara2 diatas sangat tak boleh beli dengan duit especially bab kesihatan dan hidayah tu... mahal sangat harga :)

    BalasPadam
  4. Sokong Maria.
    Kalau duit banyak tapi tak bersyukur pun takkan rasa bahagia.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan