GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pinggan Mangkuk Dari Tulang Babi: Semak Pinggan Mangkuk Anda!

Aku pernah dah tulis isu ni DI SINI sekali lagi aku naikkan isu ni, supaya orang alert dan berjaga-jaga dalam membeli pinggan mangkuk... Jenis seramik dan juga melamin antara pinggan mangkuk yang sering orang guna terutama di kedai-kedai makan. Jadi, berhati-hati... 

Ini antara petikan  fatwa tentang pinggan mangkuk dari tulang:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010 telah membincangkan mengenai Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash).

Alhamdullillah fatwanya :
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.
  • Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkuk tersebut.
  • Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan. (Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)

  • Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".

Jom semak pinggan mangkuk sebelum membeli dan menggunakannya... 


Jom semak semula pinggan mangkuk kat rumah atau kat kedai makan.. tak semua dr china guna tulang babi... tapi mengelak daripadanya lebih baik... beli pinggan kaca aje lah kan... plastik pun kna cari yg bebas BPA pula kan... kaca aje lah... tak pun aluminium macam kat kedai mamak... hehe...

6Ulasan

  1. Tq sharing Maria.. kena tengok balik pinggan mangkuk ni..

    BalasPadam
  2. erk..memang menyeram kan kes ni..tak terfikir langsung yg kite makan dr pinggan tulang babi..huhu.. berhati2 lah kita...

    BalasPadam
  3. xdpt tengok gambar lak kak..pasni ni kena check ni

    BalasPadam
  4. xdpt tgk gmbr lak..nti akak mai lg tgk...time nk tgk la.pic x kuar

    BalasPadam
  5. Kat rumah saya pakai pinggan plastik je.
    Plastik biasa n plastik Tupperware Brands.
    Kalau orang datang baru kluar yang kaca.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ