Masih ingat tak dengan teka taki “antara telur dan ayam, siapa yang tercipta dulu ?”
Pasti ingat bukan ? Tiada siapa yang dapat jawab soalan ini dengan tepat dan yakin. Hingga ia terus menjadi tanda tanya orang ramai dan akhirnya soalan itu tergantung begitu sahaja dan orang ramai mula hilang minat teka-teki yang tidak berkesudahan ini.
Walaubagaimanapun, teka-teki ini sebenarnya bukan sahaja popular di negara kita sahaja. Rupanya luar negara juga terfikir soalan yang sama.
Tetapi baru-baru ini satu kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom telah membuat penyelidikan dengan menggunakan super komputer HECToR dan mendapat jawapan kepada soalan lagenda yang sering membuatkan orang ramai terdiam bila di tujukan soalan seperti itu.
Penyelidik menemui bahawa protein yang diberi nama Ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur dalam tubuh seekor ayam dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil.
Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat di hasilkan tanpa protein OC-17 yang ada dalam setiap tubuh ayam. Maka terbuktilah bahawa ayam yang terlebih dahulu wujud sebelum sebiji telur.
Memang femes teka teki ni dulu... siap bertekak lagi... sekarang dah dapat jawapan dengan bukti saintifik lagi... hehe... Jadi, ayam lah dulu sebelum adanya telur....
oh ye...confused dah kan
BalasPadamtengah confuse jugak ni...
BalasPadamKan betul....last dengar teka teki nie,saya bagi jawapan ayam yang keluar dulu. tq for sharing.
BalasPadamhaa..nnti org tanya pula..ayam tu wujud mcm mne..hehee
BalasPadamHehe..saya pun nak cakap camtu.
Padamdah lama tertanya-tanya.. terjawab sudah.. bagus bagus :D
BalasPadamhehe..pasni boleh jwab dgn scientifik la pulk..haha!
BalasPadamhehehhe akhirnya ada pun jawapan
BalasPadamdulu memang tak tahu nak jawap ape..sekarang dah ada jawapan
BalasPadamakhirnya kuar jugak jwpn..skit jiwa ble kne aju soklan nih
BalasPadam