11 November 2012

Hukum Mencantikkan Gigi

haishh.. gigi pun nak cantik ke??? hmm.. klau tak cantik pun popular pe.. tgk Halimah tu.. Jong***** dia pun popular kan.. masuk tv lagi... Hmm.. xpe la.. tapi ada sesetngah orang tak puas hati.. sebab gigi mencantikkan senyuman.. ada org dia tak nak senyum sebab gigi dia tak cantik.. so, dia buat sesuatu untuk cantikn gigi dia.. hmm.. Apa hukum mencantikan gigi dari sudut pandangan Islam??? 


Semalam saya ada dengar isu ini dibincangkan dalam satu rancangan TV al-Hijrah.. isu mencantikan gigi... menurut ustaz yang bagi ceramah tu, hukum mencantikan gigi bergantung kepada tujuan, kenapa nak buat macam tu.. Jika tujuannya untuk kecantikan, hukumnya Haram. tetapi jika atas tujuan kesihatan mulut, contohnya pakar pergigian sahkan kena buat rawatan gigi, kena pakai pendakap gigi, dan cabut gigi bagi jadi sama sebaris sebab jika tak cabut, boleh menyebabkan gigi lain rosak, dan juga boleh sebabkan kemudharatan pada mulut, maka hukumnya harus buat. Tetapi jika saja2 nak buat, gigi dah cantik tapi nak asah gigi bagi sama elok untk kecantikan semata-mata, hukumnya Haram.. 

Dr. Zaharuddin, dalam laman webnya pun ada sebut pasal ini.. saya petik sikit je, yang lain boleh baca nanti.. 
Hukum mengasah/kikir gigi bagi tujuan kecantikan hukumnya haram. sebagaimana hadis Nabi s.a.w:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum ini kerana, rasa tidak syukur dengan pemberian Allah dan dengan tujuan mengubah ciptaan Allah. Allah dah bagi lawa dan cntik dah gigi, tapi nak lagi cantik.. Tapi tujuan kesihatan diharuskan. 

Dr. Yusof al-Qaradhawi, hukum haram adalah atas sebab penipuan.. Sebarang penipuan dalam Islam diharamkan.. 

Kesimpulannya, hukum mencantikan gigi tak kira dengan apa cara sekalipun ada dua, 
  1. Harus jika atas tujuan kesihatan/kemudharatan yang disahkan doktor gigi, 
  2. Haram jika atas tujuan kecantikan semata-mata.
Artikel penuh boleh baca di SINI...

5 ulasan:

  1. CP tak pasti tp kikir gigi tuh selain nak cantek tapi memudaratkan sebab boleh buat lapisan gigi tuh nipis ...

    peraturan islam nih , bukan nak membebankan tapi nak menyelamatkan umatnya jee ... same macam pembedahan plastik ...

    BalasPadam
  2. kalau gg jongan dan tiada masalah kesihatan mulut,HARAM tak pakai damon braces?oneyamaha75@yahoo.com

    BalasPadam
  3. kalau gg jongan dan tiada masalah kesihatan mulut,HARAM tak pakai damon braces?oneyamaha75@yahoo.com

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^