100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 3 ]

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 3 ] | Doa adalah senjata mukmin.... Apa jua masalah, ujian dan nikmat kekuatannya adalah doa. 

Maksud doa adalah meminta daripada Allah. 

Kenapa kena berdoa?
Kerana kita hanya seorang hamba yang lemah. kerana tu kita wajib berdoa. 

Orang yang tak berdoa, adalah orang yang sombong. 
Doalah, doa yang baik-baik.. pasti Allah makbulkan. 

Rasulullah s.a.w kekasih Allah yang mulia... dijamin syurga, tapi Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling banyak berdoa. 

Jadi, MF kongsikan sambungan doa-doa Rasulullah s.a.w himpunan daripada hadis-hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang dipercayai. 

Jika nak baca yang sebelum ni boleh klik link di bawah ni:
himpunan doa rasulullah



21- Kesemua doa nabi (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ):

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ[21]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripadaMu kebaikan yang dimohon oleh nabiMu dan kami berlindung daripadaMu apa yang dipohon berlindung oleh nabiMu. Engkaulah tempat memohon pertolongan, Engkaulah yang menyampaikan. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

22- Doa Perlindungan Kesihatan dan Kejahatan Pancaindera

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي[22]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatan pendengaranku, daripada kejahatan penglihatanku, daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan maniku.

23- Doa Lindung Dari Penyakit Berbahaya

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئْ الْأَسْقَامِ[23]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit yang keji.

24- Doa Perlindungan dari Kejahatan dan Kemungkaran

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ[24]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kemungkaran akhlak-akhlak, amalan-amalan dan hawa nafsu.

25- Doa Mohon Keampunan

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي[25]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Mulia, Engkau sukaan kemaafan oleh itu maafkanlah daku

26- Doa Mohon Kebaikan dalam Diri

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ[26]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu perbuatan baik, meninggalkan kemungkaran, cintakan orang miskin, keampunanMu untukku, rahmatilah daku, apabila Engkau mendatangkan fitnah terhadap suatu kaum maka Engkau matikanlah daku dengan tiada fitnah, daku memohonMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu.

27- Doa Mohon Kebaikan dan Dijauhkan Kejahatan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا[27]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan kesemuanya sama ada cepat atau lambat. Yang daku tahu dan tidak tahu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu kebaikan yang diminta oleh hamba dan nabiMu. Daku berlindung denganMu dari kejahatan yang diminta berlindung oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu syurga, apa yang mendekatkannya daripada perkataan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya daripada perkataan atau amalan. Daku memohonMu agar Engkau jadikan semua qadak yang Engkau tentukan bagiku adalah yang baik.

28- Doa Mohon Ketetapan Iman

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا حَاسِدًا، وَاللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ[28]
Maksudnya:
Ya Allah, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan berdiri, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan duduk, peliharalah daku dengan Islam dalam keadaan baring dan jangan Engkau gembirakan musuhku yang hasad terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu semua kebaikan yang di dalam kekuasaanMu dan daku berlindung denganMu daripada semua keburukkan yang di dalam kekuasaanMu.

29- Doa Mohon Kebaikan

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ إِلَى جَنَّتِكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمْنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا[29] 
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami, kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini kemuncak yang ditentukan oleh kami dan segala yang dicari dalam pengetahuan kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.

30-Doa Perlindung dari Malas dan Kedekut

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.[30]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, daku berlindung denganMu daripada bersifat kebakhilan, daku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), daku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur.


...bersambung


Sumber: Telegram Channel Himpunan Doa
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Salam perkenalan.Syu saja dtg singgah BW untuk tambah kenalan😊.Terima kasih utk perkongsian ni.

    BalasPadam
  2. terima kasih kongsikan doa2 ni..ada beberapa doa memang amalkan. alhamdulillah

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !