GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kek Vanilla Mudah, guna Sandwich Maker je

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Vanilla Mudah, guna Sandwich Maker je | Terjumpa resepi ni masa sedang men'scroll' Instagram.

Terus simpan dan share kat suami. Padahal sandwich maker ni dah nak dijual. Sebabnya tak guna kan.. Dah siap masuk marketplaces.

Tapi lepas jumpa resepi, tak jadi jual. Haha...

Hari minggu yang lepas, MF cuba buat dengan si kakak.

MF bancuh je adunan dan tunjuk cara kat si kakak dan seterusnya kakak buat sampai siap.

Mudah sangat resepi ni.. Takde mixer pun boleh buat. Hanya guna blender atau grinder.

Boleh buat dengan anak-anak, di kala hujung minggu...

Boleh buat pencuci mulut atau menu petang.

Jom tengok bahan dan cara membuat Kek Vanilla Mudah, guna Sandwich Maker je.


Kek vanila mudah, kek vanila sedap, kek vanila guna Sandwich Maker, cara mudah buat kek, kek guna sukatan cawan

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 1 cawan air suam


Cara-caranya :

  • Campurkan semua bahan kecuali tepung dan minyak dan mix hingga sebati. Nak guna blender atau mixer pun boleh. 
  • Tuang adunan dalam bekas dan masukkan tepung dan juga minyak. Kaup balik hingga sebati dan tepung tak berketul. 
  • Sapu minyak pada sandwich maker dan tuang adunan... Dalam satu senduk kecik untuk satu acuan. 
Kek vanila mudah, kek vanila sedap, kek vanila guna Sandwich Maker, cara mudah buat kek, kek guna sukatan cawan


  • Kemudian, bakar lebih kurang 3 minit hingga masak. 

Siap!! Sedia untuk dimakan. Nyummm...

Untuk adunan ni... Dapat lebih kurang 15 biji.

Rasa?

Kek vanila mudah, kek vanila sedap, kek vanila guna Sandwich Maker, cara mudah buat kek, kek guna sukatan cawan

Mestilah sedap... Rasa macam kek span. Dan dua kali makan rasa macam bahulu pun ada.. Hehe... Adunan Last MF letak perisa pandan... Woow.. Rupanya lagi sedap dan berbau wangi.

Memang senang nak buat.

Anak-anak pasti suka kalau suruh dia buat nih sebab benda senang kan...

Memang bagus betul siapa punya idea nih... Terbaik..

Selamat mencuba...


Nota:
- Kalau nak banyak, cuma gandakan bahan. 
- Nak buat perasa pandan, tambah sahaja perisa pandan.
- Nak buat perisa coklat, tambahkan 1 sudu besar serbuk coklat. 

3Ulasan

  1. menarik betul nih, mesti harum bau nya tuh... sebelum ni pernah terbaca orang masak kuih dangai pakai sandwish maker, tp ini pum boleh yek, menarik

    BalasPadam
  2. wah guna sandwich maker je. ala-ala macam waffle gak ni. menarik idea ni kak.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ