GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos? | Perkongsian asal mengenai tips bawang menyerap virus influenza di udara telah dikongsi lebih 23 ribu netizen.


Bawang boleh sedut virus influenza Fakta ke Mitos

Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos?

✅ TIADA kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.

✅ Tips yang telah dikongsikan lebih dari 23 ribu netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat kuno sejak tahun 1500 lagi.

✅ Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!

✅ Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya 'udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.

✅ Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari KUMAN.

✅ Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara didalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.

Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.

Khasiat Bawang


Walaubagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

✅ Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.

✅ Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.

✅ Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen

✅ Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.

Khasiat bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di sudut bilik 😅😅
.
Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda 😘

Kredit info: Public Health Malaysia

Kesimpulan:


Bagi yang buat, tak salah.. tapi kalau MF, ntah la... rasa macam pelik... dan pernah cuba juga... takde apa jadi, bahkan satu rumah bau busuk dengan bau bawang... 

Kalau buat, dan menjadi itu bukanlah kuasa bawang ya... itu kuasa Allah yang menyembuhkan. Jangan sampai syirik dek kerana bawang... 

Dahsyat juga bawang ni eh... selain mahal... mampu juga memecah belahkan orang dan juga memesongkan akidah umat akhir zaman..  Nauzubillah... 

8Ulasan

  1. Alamak betul ke ni..sy antara org yg kongsi tu hehe

    BalasPadam
  2. saya pernah cuba potong bawang kepada dua bahagian, masuk dalam mangkuk kecil dan letakkan di sebelah anak yang menghidap demam atau demam panas pd waktu malam, hasilnya ia berkesan dalam mempercepatkan kebah demam. Saya percaya pada khasiat bawang yang bagus sebagai imun badan.Ini berdasarkan pengalaman sendiri shja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga pernah cuba, tapi tiada apa kesan pun... hehe... mungkin itu kebetulan dan yg pasti bukan kuasa bawang, tapi kuasa Allah...

      Padam
  3. Balasan
    1. hehe... boleh je.. tapi sayang.. bawang mahal sekarang nih.. hehe

      Padam
  4. huurm.. ada dapat few messages kat wasep pasal suruh letak bawang dalam rumah. tengah2 musim sakit ni.. tertanya juga. sejauh mana betulnya sebab hahaha bawang boleh tahan mahal jugakla kalooo beli yang merah besar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. bawang mahal kan... sayang plak kalau dok percaya mitos ni...

      Padam
  5. Masa dapat info tu jadi tertanya-tanya jugak betoi ka ni. Puas jugak la membaca nak fahamkan 😅

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ