Ticker

6/recent/ticker-posts

JANGAN Lakukan 10 Perkara Ini Jika Nak Hidup Bahagia dan Ceria Selalu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JANGAN Lakukan 10 Perkara Ini Jika Nak Hidup Bahagia dan Ceria Selalu


JOM BERSIHKAN HATI

Hati bersih hidup​ ​bahagia.

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Kena cermin diri dulu sebelum nak mengata atau nak membandingkan diri kita dengan org lain. Kita bukan sempurna pun.

    BalasPadam
  2. Saya setuju, sentiasa latih diri jadi orang yg baik supaya hati lebih tenang dan bahagia.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^