GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Jaga Luka Berkhatan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Jaga Luka Berkhatan | Musim cuti sekolah, biasalah mesti ibu bapa ambil peluang untuk dewasa kan anak lelaki.

Anak lelaki pula rasa tak selamat je bila cuti sekolah nih.. Hehe...

Berkhatan bagi anak lelaki dan perempuan hukumnya sunat.

Bagi anak perempuan, biasanya dikhitankan semasa masih bayi... Tapi bagi anak lelaki menjadi adat di Malaysia buat ketika usia dah menginjak remaja.

Zaman dulu, mak MF pernah ceritakan pernah lelaki berkhatan ketika hampir nak berkahwin... Hehe.. Kalau zaman sekarang, malu weyhh kalau dah nak kahwin tapi tak sunat lagi.

Bila dah berkhatan, pasti mak lah yang paling debar... Sebab fikirkan macam mana nak jaga luka berkhatan.

Kalau sakit bersalin lain ceritanya sebab dah dewasa. Ni ragam anak-anak kecil, bila bersunat.. Pasti lain caranya.

Jadi, MF kongsikan panduan buat semua untuk menjaga luka anak berkhatan. Supaya cepat sembuh dan tak bentan.

Cara Jaga Luka Berkhatan, berapa lama luka khatan sembuh?, makanan pantang orang berkhatan

Cara Jaga Luka Berkhatan

1. Buka balutan

Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan

2. Cuci luka

Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda

3. Guna ubat yang dibekalkan

Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Ngilu 

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. Pakai pakaian longgar

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Galakkan anak bergerak dan berjalan perlahan. 

Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. Minum air secukupnya. 

Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pemakanan

Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

Cara Jaga Luka Berkhatan, berapa lama luka khatan sembuh?, makanan pantang orang berkhatan

9. Jumpa doktor jika perlu

Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing

10. Rawatan susulan

Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula


Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nampak macam tak susah mana, tapi nak layan ragam anak berkhatan ni yang mencabar.

Fuhh... MF tak boleh nak bayangkan anak lelaki MF yang sorang ni... Waktu kecil pun dah cukup manja... Apatah lagi kalau berkhatan... Haha..

Nak kena prepare fizikal, mental dan paling penting emosi juga kalau anak berkhatan ni kan...

Semoga bermanfaat buat semua... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ