Ingat Kurus Tu Cantik? Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ingat Kurus Tu Cantik? Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat | Sekarang ni, ramai nak jadi kurus. MF pernah jadi kurus. Ramai orang jeles dengan badan MF yang kurus.

Bayangkan anak tiga pun nampak slim... Baju masih longgar... Tak nampak gemuk langsung.. Ramai jeles.

Tapi, tahu tak disebalik cemburu diorang tu sebenarnya, MF risau berat badan MF yang kurus.

MF pernah capai berat badan bawah 40kg dengan tinggi sekitar 159cm. Tak normal kan.

Jangan ingat kurus tu cantik...

Mungkin sebab diorang nampak MF tinggi... dan dengan penampilan dan pakai MF yang longgar, jadi tak nampak kata kurus. Diorang kata dah ok dah tu badan ko... cantik dah.. Tapi sebenarnya, MF tetap tak puas hati...

MF berusaha naikkan berat badan selepas melahirkan anak.

Masa anak pertama masih tak naik berat badan. Anak kedua lagi teruk turun berat... Masuk anak ketiga, naik sikit... mencapai border je antara BMI normal dan underweight. Masuk anak keempat barulah mencapai berat badan ideal dengan ketinggian MF.

Ingat Kurus Tu Cantik? Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Ingat Kurus Tu Cantik? Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Macam mana MF buat?

Sebenarnya, berat naik mendadak bila anak keempat. MF tak buat apa... tapi stress buatkan MF banyak makan... tidur pun kurang sebab anak kuat meragam. Menjadikan berat MF naik dan naik.

Tapi, MF control juga makan ye... sebab tak nak kenaikan berat tu disebabkan lemak jahat yang terkumpul. MF nak otot yang terkumpul bukan lemak.


jadi, ini MF kongsikan cara nak naikkan berat badan dengan sihat dan selamat.

12 CARA MENINGKATKAN BERAT BADAN 


  1. Tingkatkan pengambilan kalori 300-500 kalori setiap hari 
  2. Makan 3 kali sehari 
    • - karbohidrat 
    • - Protein 
    • - Lemak 
  3. Makanan Padat Tenaga 
    • - Kekacang 
    • - Kurma 
    • - Kentang 
    • - Beras perang 
    • - Keju dan yogurt
    • - Coklat 
  4. Senaman angkat berat dan tingkatkan kekuatan 
  5. Diet tinggi protein 
    • - Daging 
    • - Ikan 
    • - Telur 
    • - Produk tenusu 
    • - Kekacang 
  6. Jangan minum sebelum makan
  7. Makan lebih kerap
  8. Jangan merokok/ vape 
  9. Cukup tidur 
  10. Minum susu
  11. Gunakan pinggan besar
  12. Tambah creamer dalam minuman 

Ingat kurus tu sihat dan cantik?

Orang yang kurus meningkatkan risiko:
- Jangkitan
- Osteoporosis
- Kurang subur
- Kematian lebih Awal


Cara MF pula, selalu ambil susu coklat Goodday Charger... Sehari sekotak 250ml... Memang cepat naik berat dan otot...

Ingat Kurus Tu Cantik? Ini Cara Tambah Berat Badan Dengan Sihat


Sekarang ni dah tak sekeping dan badan dah berisi berbanding dulu... paling penting BMI dah normal dan sekarang ni maintain je berat.. Alhamdulillah...


Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !