GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua awet muda : Amal minum air selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, betul ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua awet muda : Amal minum air selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, betul ke? | Bangun tidur terus minum air kosong atau air suam tanpa gosok gigi. MF pernah dengar petua ni.

Mak MF sendiri pernah juga bagi tau pasal petua orang tua-tua ni.

Tapi,

Sejauh mana kesahihan dan kebenarannya? Eee.. Tak gosok gigi... Bukan banyak ke kuman terkumpul dalam mulut bila bangun dari tidur.

Confius kan...

Dan rupanya, Amalan ni bukan calang calang ok... Ada juga orang ternama amalkan petua ni untuk kelihatan awet muda.

Dan disebabkan itu, ada doktor yang buat kajian.. Betul ke petua ni...

Amalkan minum air kosong selepas bangun tidur untuk awet muda...

Petua awet muda : Amal minum air selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, betul ke?

Petua awet muda : Amal minum air selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, betul ke?

Apa khasiat air kosong diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ?


Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.

Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria - bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi, yang bergiat aktif menghasilkan NO terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur dan rongga kerongkong yang terhasil semasa kita tidur itu .

Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.

  • Petua awet muda : Amal minum air selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, betul ke?


Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.

Dengan itu juga, adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yang tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.

Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor, barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut. Moga perkongsian ini dijadikan Allah bermanfaat.

Kredit : YB Dr Azman Ismail via Facebook Dr. Zubaidi

So, ada kebenarannya.. Jadi, boleh la amalkan ye.. Bangun tidur terus minum air... Bagus untuk kesihatan.

Semoga bermanfaat... 

0Ulasan