GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Seronok Sangat Kalau Ada Anak Perempuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan Seronok Sangat Kalau Ada Anak Perempuan | Anak perempuan, seronok ada anak perempuan... Masa kecil comel sangat anak perempuan ni... Mak bapak yang ada anak perempuan memang excited betul masa kecil... Baju bajan nya rambang mata...

Bila dah besar sikit, pandai beraksi depan kamera... Tapi, sejujurnya.. Di akhir zaman ini, tak boleh seronok sangat...

Jika dikira cabaran memang anak lelaki atau perempuan ada cabaran tersendiri. Tapi cabaran mendidik anak perempuan ni lebih sebab ianya melibatkan maruah dan keturunan. Kena didik sebaiknya agar maruah dan keturunan kita tak tercalar.

Terbaca isu pasal perempuan dan Zul Arifin dan isu viral beranak di Prince Court. Fuhh... Rasa nak menangis... Ya Allah, terbayang anak sendiri.

Jangan Seronok Sangat Kalau Ada Anak Perempuan



Kuatnya cabaran tu... MF ada 3 anak perempuan... Rasa berat sangat tanggungjawab tu.. Masa kecilnya tercabar dek emosi... Jadi, masa kecil ni MF biarkan anak-anak perempuan MF rapat dengan bapanya... Nasihat dari bapa lebih terkesan. Sebab nasihat dengan ibu ni kena guna suara Bass yang paling dalam.

MF tak nampak seronok ada anak perempuan... Cuma yang nampak beratnya amanah dan tanggungjawab yang Allah beri. Tapi redha kerana Allah tahu kita mampu.

Bagi yang takde anak perempuan, amanah mendidik anak lelaki agar menghormati wanita. Mendidik anak lelaki agar menyayangi wanita. Mendidik anak lelaki supaya boleh membimbing wanita.

Zaman sekarang ni bukan zaman berseronok ada anak. Bukan zaman untuk bersaing anak kita bagus, pandai bijak dan bukan zaman nak membandingkan anak. Tapi zaman untuk kita mendidik umat akhir zaman penentu kita di akhirat kelak.

Bagi yang ada anak perempuan, jom didik anak perempuan kita tentang malu dan maruah diri. Kerana itu harta pinjaman sementara je untuk kita dalam keluarga sebelum ianya diserahkan kepada penjaganya bila dia dewasa (berkahwin).

Bagi yang ada anak lelaki, jom didik anak lelaki kita supaya berhati lembut dan penyayang. Menghormati wanita dan melindungi wanita sebaiknya. Sebelum ia menjadi penjaga wanita bila dia dewasa (suami).

Moga Allah lindung dan beri kekuatan kepada kita untuk terus menjaga dan mendidik amanah Allah sebaiknya.


P/s: Masih sedih tengok ibu bapa yang tanpa segan silu biarkan anaknya bersosial dan tayang aurat. 😢😢😢

1Ulasan

  1. tuela umat akhir zaman dah makin kurang sikap malu.berdoa banyak2 supaya kita dan keluarga kita dijauhkan dengan perkara-perkara tidak elok sedemikian

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ