GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hati-hati Ada CCTV! 😎

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betapa takutnya manusia dengan CCTV... Tak percaya cuba tengok kat jalan yang ada AES. Dari jauh dah brek dan perlahankan kenderaan. lepas je AES terus tekan minyak macam pelesit.

Tapi dalam tak sedar, ada CCTV yang lebih besar dan hebat dari AES.. Bahkan tak kan "rosak" atau "lost memory". Itulah CCTV Allah yang Maha Melihat.


*Tuhan Yang Maha Melihat*


إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58(
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat. [an-Nisa’ : 58]


وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (265(
Allah melihat apa yang kalian lakukan. [Al-Baqarah : 265]


إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ (19(
Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. [Al-Mulk : 19]


Shaikh Abdul Razzak al-‘Abbad menyatakan di dalam Fiqh al-Asma’ al-Husna bahawa nama Allah al-Basir disebutkan dalam al-Quran lebih daripada 40 kali.

Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan dalam Thariq al-Hijratain:

البصير الذي لكمال بصره يرى تفاصيل خلق الذرة الصغيرة وأعضائها ولحمها ودمها ومخها وعروقها ويرى دبيبها على الصخرة الصماء في الليلة الظلماء ويرى ما تحت الأرضين السبع كما يرى ما فوق السموات السبع
Al-Bashir: Iaitu yang sempurna penglihatanNya. Dia melihat perincian makhluk kecil sebesar zarah daripada anggota tubuh badannya, dagingnya, darahnya, otaknya,uratnya. Dia juga Melihat haiwan yang merangkak di padang pasir pada waktu malam yang gelap. Dia Melihat apa yang ada di bawah tujuh lapisan bumi dan Dia Melihat apa yang ada di atas tujuh lapisan langit.

Dengan keimanan yang kukuh berkaitan sifat Allah yang Maha Melihat, manusia akan terhindar atau dapat meminimumkan daripada melakukan maksiat di khalayak ramai atau ketika bersendirian.

Apabila keimanan bahawa Allah Maha Melihat itu *tidak kukuh*, maka kita akan jadi seperti dalam hadis di bawah:

عَنْ ثَوْبَانَ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , أَنَّهُ قَالَ ” لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ , بِيضًا , فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا ” , قَالَ ثَوْبَانُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , صِفْهُمْ لَنَا , جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ , قَالَ : ” أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ , وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا
Tsauban radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan kebaikan yang umpama gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan. Tsauban berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu. Mereka mengambil mengambil waktu malam (sebagai waktu beribadah) sebagaimana kamu mengambil waktu malam (untuk beribadah padanya). Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan lalu mereka pun melakukan perkara yang haram itu. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4245, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Keyakinan yang teguh ini akan membawa kepada tahap keimanan yang tinggi iaitu Ehsan. Apakah itu ehsan?

Malaikat Jibril ‘alaihissalam pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

قَالَ : مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Apakah itu Ehsan? Baginda menjawab: Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia Melihat Engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 50]

Kredit : #alkahficenter via Telegram Channel 

0Ulasan