بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Larangan Tidak Bertegur Lebih Tiga Hari
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
Dari Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari" (HR Bukhari No: 5605) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka
1. Sifat iri hati dan cemburu akan kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim
2. Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
3. Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan lebih-lebih lagi di musim PRU ini. Elakkan mencerca dan menghina peribadi. Bertandinglah dengan cara yang sihat dan tidak bercanggah dengan syarak.
4. Elakkan diri dari tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.
Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Jagalah ukhuwah yang menjadi kewajipan untuk dipelihara melalui sifat saling berkasih sayang dan maaf memaafkan.
Kredit: http://telegram.me/hadisharian_ikram
Ingat lg time sekolah dulu..kalo gaduh ngan kawan selalu mengharap dia yg akan berbaik dulu. Masuk ari ke 3 kalo dia x tegur...terpaksa tebal muka tegur dia dulu
BalasPadamDh bekerja sekarang ni kalo ada yg x sependapat pun..still senyum or sembang2 koson