Ticker

6/recent/ticker-posts

Tenang dan Hebat Bila Ada 4 Perkara Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Imam Malik Rahimahullahu Ta'ala pernah berkata:

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara ini.

1. Kenderaan yang pantas.
2. Rumah yang lapang.
3. Pakaian yang cantik.
4. Lampu yang terang.

Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik.
"Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?"

Maka, Imam Malik menjawab:
"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."

Lalu ada yang bertanya lagi;
"Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?"

Imam Malik menjawab;
"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi;
"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

Dan terakhir;
"Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)."

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selamat beramal

Catat Komen

0 Ulasan