Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Berpantang | Ikan Merah Masak Asam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Menu Berpantang | Ikan Merah Masak Asam | Mungkinkah ini menu pertama dan terakhir dalam pantang yang MF masak sendiri...

Ni menu minggu lepas... MF masak sendiri... Biasa suami masak, tapi sebab suami asyik masak setiap hari, dia buntu nak masak apa... Jadi dia goreng je ikan merah.. MF yang offer diri nak masak asam.

Menu orang berpantang.. Simple sungguh la... Sebab Bahan-bahan yang digunakan untuk orang dalam pantang.

Resepinya mudah saja.

Menu Berpantang : Ikan Merah Masak Asam

Menu Berpantang : Ikan Merah Masak Asam


Bahan-bahan :
Ikan Merah yang siap digoreng
Bawang putih dipotong
Halia (hiris)
Cili padi (hiris)
Bawang merah (dihiris)
Lada hitam (Ditumbuk)
Halba
Air asam jawa
Madu
Garam

Cara memasak:

  • Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi hingga naik bau. 
  • Masukkan Halba, lada hitam dan air asam jawa. Gaul rata. 
  • Perasakan dengan garam dan madu. 
  • Akhir sekali masukkan ikan merah goreng dan gaul rata. 
  • Jika nak berkuah, tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih sedikit sebelum diangkat untuk dihidang. 


Tak sampai 5 minit nak masak menu ni..

Selamat mencuba

Catat Komen

2 Ulasan

  1. msred da 4 kali berpantang makan. asik makan ikan je time pantang...

    BalasPadam
  2. berpantang?
    akak tak tau cite pun awak bersalin? ke pantang sbb lain?
    aduh tertinggal keretapi akak ni....

    sedap ni ikan merah msk asam... sedia satu menu yg tak pantang pun blh mkn

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^