GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Panduan Memilih dan Membeli Laptop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Panduan Memilih dan Membeli Laptop | Laptop satu keperluan utama bagi Blogger dan cikgu... Walaupun boleh saja nak berblog dengan gadjet tapi jika nak buat job review yang perlu edit gambar dan sebagainya kena juga guna laptop... Nak beli desktop tak berapa fleksibel sebab tak boleh bawa ke sini.

Laptop juga penting untuk cikgu macam MF sebab zaman sekarang, banyak kerja cikgu guna laptop...

Bagi yang nak cari laptop baru... Ada beberapa panduan yang boleh digunakan untuk pastikan beli laptop dengan pilihan yang tepat.

7 Panduan Memilih dan Membeli Laptop

7 Panduan Memilih dan Membeli Laptop


1.    HARGA

Harga memainkan peranan yang penting. Tanpa budget yang cukup, maka laptop idaman hanya sekadar impian. Di sini saya boleh pecahkan harga kepada 3 kumpulan.

a)    RM2000 ke bawah

Laptop dengan budget sebegini boleh dikira sebagai ‘asal boleh buat kerja”. Pilihan spesifikasi juga tidak banyak.

b)    RM2001 - RM4500

Laptop dalam budget ini lebih banyak pilihan. Spesifikasi adalah pelbagai dengan harga yang hampir sama. Setiap pengeluar cuba mencari kelainan dari segi reka bentuk & fungsinya.

c)    RM4501 ke atas

Laptop yang boleh dikategorikan sebagai premium. Paparan terbaik, kualiti binaan, customize spec dan macam-macam lagi. Tak lupa juga customer support service harus diutamakan.

2.    PROSESSOR

Pilihan untuk kategori ini agak terhad. Untuk CPU dari Intel, tanpa pengenalan ialah code i3, i5 & i7. Ia menunjukkan kemampuan CPU bekerja pada tahap tertinggi. Walaupun begitu, anda harus peka juga kepada kod CPU mengikut generasi.

i.    Intel CPU 6th Gen (Skylake) 6xxx (mulai 2015)

ii.    Intel CPU 7th Gen (Kaby Lake) 7xxx (mulai 2016)

iii.     Intel CPU 8th Gen (Coffee Lake) 8xxx (mulai 2017)


Terdapat juga laptop dengan CPU daripada AMD (Rizen) tetapi agak terhad.

3.    CAKERA KERAS (HARD DISK)

Hard disk ialah tempat simpanan utama data dalam laptop. Terdapat 2 pilihan hard disk untuk laptop, HDD (Hard disk drive)  & SSD (Solid State Drive). Harga SSD lebih mahal berbanding HDD jika mengambil kira kapasiti storan yang sama. Ini kerana teknologi yang berbeza digunakan untuk menyimpan data.

SSD lebih baik berbanding HDD dari segi kelajuan (read&write), jangka hayat & ketahanan. Terdapat juga laptop yang menggabungkan kedua2 hard disk ini dalam 1 laptop.

Tapi jangan risau, hard disk boleh upgrade mengikut citarasa/keperluan pengguna.

4.    RAM

RAM juga memainkan peranan yang penting. Min keperluan RAM bagi sebuah laptop biasa ialah 2GB atau 4GB. Untuk laptop yang dengan spesifikasi tinggi, min RAM yang disertakan biasanya ialah 8GB.

5.    SKRIN

Skrin juga penting. Saiz skrin yang ada dari 10.1 inci hingga 17 inci. Laptop biasa yang digunakan bersaiz 13 hingga 15.6 inci.

Resolusi paparan yang biasa 1366 x 768 (720p) HD, 1920 x 1080 (1080p) Full HD, 3840 x 2160 (4K) Ultra HD.

Tidak lupa pilihan paparan touch screen seperti mana handphone & tablet.
Diingatkan juga, touch screen laptop tidak semestinya menyokong penggunaan stylus (pen) untuk menulis sekiranya tidak dinyatakan oleh pengeluar.

6.    FAKTOR REKA BENTUK (FORM FACTOR)

Laptop kini bukan hanya hadir dengan bentuk yang sama. Pilihan terkini laptop dengan bentuk seperti tablet, boleh dipusing lipat 360 darjah semakin banyak.

Laptop dengan bentuk tablet didatangkan dengan keyboard yang boleh diasingkan. Untuk mereka yang boleh menaip pantas, bentuk ini agak kurang digemari. Anda boleh menggunakan fungsi laptop tanpa keyboard juga (keyboard on screen) seperti tablet biasa. Biasanya laptop jenis ini disertakan dengan stylus untuk menulis/menconteng pada skrin.

Convertible laptop (boleh pusing 360o) juga boleh banyak pilihan kini. 4 kedudukan yang boleh diselaraskan (biasa, khemah A (A-Tent), V dan tablet).

7.     LAIN-LAIN FAKTOR

Speaker
Papan kekunci
Touch Pad
Berat laptop

Kredit : Cikgu @docfear07 via @pendidik4u,

Nak beli laptop biar ikut keperluan dan juga kemampuan. Jangan beli diluar kemampuan. Jenama laptop sekarang dah banyak pilihan.. Tapi antara jenama yang tahan lasak dan bagus kualitinya ialah jenama Acer, Dell, Lenovo dan Asus.

Tapi jenama laptop pertama MF ialah FTec.. Laptop jenama Malaysia... Mahal betul harga laptop masa tu... Masih ada cuma wayar charger dah takde spare part dah... Jadi, simpan aje la laptop tu buat kenangan.

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ