بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadual Pemakanan Ibu Menyusu | Ibu menyusu perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan stabil.

Untuk hasilkan susu yang stabil, banyak dan berkhasiat untuk anak perlu jadual pemakanan dan jadual pump yang konsisten.

Jadual ini perlu diamalkan seawal dalam pantang untuk hasil susu yang maksimum.

OK, kalau ikut MF sendiri, apa yang MF amalkan ada 6 kali makan dalam sehari.

Jadual Pemakanan Ibu Menyusu

7-8 pagi : Sarapan pagi.

Antara menunya, roti bakar dengan air coklat kurma dan oat.

Lingkungan jam 9 pagi MF akan pum susu untuk buat stok bila naik kerja nanti.

10-11 pagi : Makan pagi

Antara menunya, biskut lemak atau roti telur. Minum, air coklat atau tamar cocoa.

12 - 1 tengah hari : Makan tengah hari.

Menu tengah hari tak konsisten, cuma mesti ada buah oren, sayur hijau, ikan atau ayam dan nasi putih. Minum, air suam.

Ikutkan waktu ni boleh pumps lagi sekali, tapi MF biasa direct feeding je.

3-5 petang : Minum petang

Menu, biskut lemak atau roti bakar dengan air coklat panas.

7-8 malam : Makan malam

Menunya, nasi putih, lauk dan sayur hijau serta buah oren.

9-10 malam : Minum malam

MF tak makan dah, cuma minum air coklat panas tambah kurma dan oat. 1 mug pun dah cukup kenyang dah.

Waktu tengah malam, sediakan kurma dan air kosong dalam bekas... Jadi tak perlu ke dapur. Tengah malam mesti kena minum setiap kali lepas menyusu.

Ibu menyusu memang makan banyak.. Sebab kerap lapar. Tapi kalau makan dengan menu yang betul dan istiqamah.. Insha Allah tak gemuk... Sebab menyusu anak tu sendiri mampu membakar banyak kalori.


Ini jadual sebelum naik kerja, naik kerja nanti kena adjust sikit masa asalkan konsisten.

Jadual pam susu

Ikutkan setiap 3 jam kena pump tapi buat masa ni MF cuma pam sekali je... Selebihnya, direct feeding untuk stimulate lebih banyak susu dari air liur baby... Lagipun direct feeding untuk cipta bonding... Tapi boleh juga kalau nak pam sambil menyusu, tapi MF tak buat lagi... Insha Allah.. Nak cari mood dulu untuk kumpul stok ni.. Hehe.. Sebab lebih suka df dari pam sebenarnya.

Boleh juga rujuk info grafik ni.. Untuk mudah faham.

sumber: Facebook 


Jika jaga pemakanan dan jadual yang konsisten, mampu kekalkan tenaga dan kuantiti susu. Yang penting yakin susu cukup, doa dan istiqamah. Moga kali ni dapat susukan cukup hingga 2 tahun... Moga tak gagal lagi kali ni..

Moga Allah permudahkan.. Keep strong and positive... Yeah!!!

Semoga bermanfaat... 

Post a Comment

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama