GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Jenis Cecair Paling Mahal di Dunia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Jenis Cecair Paling Mahal di Dunia | Apabila menyebut perkataan "mahal", ramai orang akan ingat objek-objek pepejal seperti emas atau berlian. Namun, terdapat benda lain yang jauh lebih mahal daripada perak atau emas dan bahan tersebut bukan pepejal pun, sebaliknya adalah cecair.

9 Jenis Cecair Paling Mahal di Dunia

1. Racun Kala Jengking

Cecair yang paling mahal di dunia adalah racun kala jengking. Kosnya adalah sebanyak $ 10,302,700 seliter. Protein yang terdapat di dalam bisa kala jengking digunakan untuk rawatan penyakit usus, arthritis rheumatoid dan sklerosis.

2. Bisa Ular Tedung

Selepas bisa kala jengking, cecair kedua termahal ialah bisa ular tedung. Bisa tedung adalah racun yang paling merbahaya di dunia dan ia boleh membunuh seekor gajah dewasa. Walaupun bahaya, orang tetap mengekstrak racun ini kerana ia mengandungi sejenis protein yang unik di panggil Ohanin. Ohanin di gunakan sebagai ubat penahan sakit / painkiller malah ianya 20 kali lebih kuat daripada morfin. Penggunaan Ohanin pula tak akan memberi kesan sampingan kepada penggunanya. Kos seliter bersamaan juga $ 40,400..

3. Lysergic acid diethylamide (LSD)

Lysergic acid diethylamide (LSD) iaitu sejenis dadah yang boleh menyebabkan manusia khayal. Setiap dos mengandungi 40-500 mikrogram atau 1/10 daripada saiz sebutir pasir. Walaupun di gunakan dalam jumlah yang sangat kecil, ia dah cukup untuk bawak manusia berkhayal ke dimensi lain seperti dalam cerita Alice in wonderland. Seliter kosnya bersamaan $ 32,500.

9 Jenis Cecair Paling Mahal di Dunia

4. Darah Belangkas

Darah belangkas tak mengandungi hemoglobin, tetapi mengandungi hemocyanin. Di sebabkan hemocyanin lah darah belangkas berwarna biru dan bukan berwarna merah seperti manusia. Darah belangkas digunakan untuk mengesan bakteria endotoxin dalam perubatan. Kos seliter adalah sebanyak $ 15,850.

5. Chanel No. 5

Pewangi bernama Chanel No. 5. Chanel No. 5 adalah jenama pewangi paling mahal di dunia. Ia pertama kali di hasilkan pada tahun 1922, hasil kerjasama antara ahli kimia bernama Ernest Beaux dan Coco Chanel. Kos seliter adalah $ 6,900.

6. Insulin

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ manusia bernama pancreas. Insulin sangat penting dan pelbagai penyakit boleh berlaku jika kandungan insulin dalam badan sangat rendah. Antaranya seperti diabetes, insulinoma dan lain-lain. Jika badan mengandungi insulin yang rendah, insulin akan diberikan melalui suntikan biosynthetic insulin. Yang pastinya kos suntikan tersebut tak murah. Kosnya bersamaan $ 3,900 - $ 26,400 seliter.

7. Merkuri

Seterusnya ialah merkuri. Kita boleh tengok merkuri dengan mudah. Tahu dimana? Jawapannya pada termometer! Di sebabkan ia sangat mudah di dapati nampaknya macam tak mahal kan? Tapi sebenarnya kos untuk mendapatkan merkuri agak mahal. Ini kerana proses untuk mengeluarkan merkuri dari kerak Bumi melibatkan proses yang sangat sukar dan mahal. Kos = $ 900 seliter.

8. Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB)

Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB) ataupun di panggil juga 4-hydroxybutanoic acid. Ia paling biasa digunakan sebagai anestetik untuk menghilangkan rasa sakit semasa pembedahan. GHB juga boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dalam bir, wain, daging lembu dan juga buah limau nipis hasil daripada penapaian/fermentation. GHB juga di gunakan dalam dadah. Di sebabkan warnanya yang jernih, ia kerap di gunakan oleh perogol untuk menghayalkan mangsanya. Bolehlah google, ‘Date Rape Drug’ untuk info lanjut. Kosnya adalah $600 seliter.

9. Darah

Bahan seterusnya ialah darah. Tapi bukan ke kita derma darah secara percuma, kenapa dia mahal pula? Untuk pengetahuan, darah yang kita derma itu di panggil “whole blood”. Whole blood ini perlu di proses untuk memisahkannya kepada dua atau lebih komponen. Biasanya komponen yang di pisahkan ialah sel-sel darah merah dan plasma. Proses inilah yang menyebabkan darah tadi jadi mahal dan kosnya seliter bersamaan $400.

Rujukan: Page ScienceNazi

Perkongsian info santai di hari minggu... Tapi betul ke darah belangkas warna biru? MF tak pernah jumpa belangkas secara nyata... jadi kurang tau bab tu...

2Ulasan

  1. wahh, belangkas pun mahal? kat sini ramai org duk makan ni haa.. tak tahu plak darah belangkas warna biru.

    BalasPadam
  2. bnda keperluan dan susah pulak nak dapat mesti la mahal.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ