08/2017 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Ogos 31, 2017

Doa Hari Arafah: Jom Aminkan 31 Doa Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Hari Arafah: Jom Aminkan 31 Doa Ini! | DOA ARAFAH - 31/8/17 Rebutlah peluang keemasan berdoa



Assalamualaikum. Hari Arafah sudah tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Kredit : Telegram Channel 

Tempoh Makan Daging Korban 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tempoh Makan Daging Korban | Esok kita semua akan sambut hari raya... Walaupun hari raya korban tak semeriah hari raya puas.. tapi tetap disambut gembira oleh semua.

Esok meriah sana sini  dengan daging korban... Tahniah siapa yang dapat melaksanakan ibadah korban yang setahun sekali ada ni... Ada juga yang dapat daging korban di sana sini,..dan simpan untuk stok... Tapi berapa lama boleh simpann daging korban??? Persoalan ini ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

tempoh makan daging korban
sumber:google images

Tempoh Makan Daging Korban 


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Dari 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan 

2.  Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyrik (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.  Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.  Seorang mukmin hanya akan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

Jadi, ambil sekadarnya dan sedekahlah dengan adil..bagi yang menerima pula jangan tamak haloba... biarlah sama-sama merasa... memberikan kepada orang miskin adalah lebih utama.

4 September 2017 Diisytihar Cuti Umum Sempena Kemenangan Sukan SEA 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



4 September 2017 Diisytihar Cuti Umum Sempena Kemenangan Sukan SEA 2017 | Alhamdulillah... Tamat sudah sukan SEA 2017... Selamat dah ditutup sebelum Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60...

Tahniah buat kontinjen Malaysia yang bertungkus lumus memastikan target 111 pingat untuk Malaysia tercapai...

Dan ternyata rakyat Malaysia masih lagi mempunyai semangat kesukanan yang tinggi bila, rata-rata bersorak dan meriah di wall Facebook bila asyik up status pasal sukan SEA...

Dan atas kejayaan kontinjen Malaysia dan semangat itu, rakyat Malaysia dihadiahkan CUTI SEHARI SEBAGAI CUTI UMUM pada hari ISNIN, 4 SEPTEMBER 2017.


Pengisytiharan itu dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia pada majlis penutupan Sukan SEA... Dan juga status Facebook di Facebook rasmi Najib Razak.

ISNIN CUTI UMUM

Jadi, kita sambung lagilah sehari... Alhamdulillah... Best la dapat layan daging korban lagi sehari Ye dak...

Jadi, yang balik kampung boleh lah rancang perjalanan awal-awal... Boleh balik berperingkat untuk kita elak kesesakan jalan raya...

Tahniah buat Malaysia atas kejayaan yang besar ini walaupun kalah emas dalam bola.. Malaysia dah buat yang terbaik dah kan... Moga lebih cemerlang pada masa akan datang.... 

Ogos 30, 2017

Agenda HARI ESOK Yang Penuh PAHALA Kalau Kita Buat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

🌄 *Hari 'Arafah, Khamis, 31 Ogos 2017* 🌅

• Jika malam al Qadr tidak diketahui adapun *hari Arafah* sudah pasti.

• Andai malam al Qadr malaikat berturunan padanya,

• Maka sesungguhnya Allah turun pada *hari Arafah.*

• Maka rebutlah peluang keemasan ini dan bersungguhlah seupayamu.

• Jadual yang baik pada *hari Arafah,* kirimkan kepada orang yang anda sayang sehari dalam setahun ;

📝 Tidurlah awal pada malam arafah utk mendapat kekuatan bagi melakukan ketaatan esoknya.

📝 Bangunlah sebelum subuh untuk bersahur dengan niat berpuasa hari tersebut.

📝 Solatlah dua atau empat rakaat sekurang kurangnya dengan berdoa dalam sujud utk kebaikan dunia dan akhirat dan bertahmidlah kerana Allah mengurniakan rezeki bertemu dengan hari penuh kerahmatan dan keampunan.

📝 Apabila fajar penuhilah dgn istighfar moga tergolong dalam kalangan orang yang sering beristighfar di waktu sahur.

📝 Bersiap untuk solat fajar sebelum azan lima minit dan menginsafi dosa agar ia luluh bersama air wadhuk.

📝 Kemudian bacalah doa selepas wudhuk.

📝 Solat subuh dan berteleku di sejadah sehingga 15 minit setelah syuruq.

📝 Mulakan takbir selepas salam seperti diajarkan nabi.

📝 Kini dikau di tikar sembahyang menanti syuruq membaca al Quran dan bertasbih, bertahlil bertahmid kepada Allah jangan lupa wirid pagi.

📝 Jam 7:15 pagi solatlah dua rakaat syuruq agar mendapat pahala haji dan umrah bersama rasulullah jangan sampai terlepas.

📝 Kamu boleh memilih sekarang, jika boleh janganlah tidur sepanjang hari ini agar tidak terlepas sedetik pun melainkan dalam zikir dan doa dan yakinlah Allah akan qabulkan.

📝 Ataupun anda tidur seketika meniatkannya untuk mendapat kekuatan agar taat kepada Allah.

📝 Kemudian bangun untuk solat 4 rakaat dhuha sekurang kurangnya dan pelbagaikan ibadah agar tidak jemu...Takbir, zikir, tilawah, perbanyakkan ungkapan :

_" لا إله إلا الله وحده لا شريك له الملك و له الحمد و هو على كل شيئ قدير..."_

📝 Solat zohor bertakbir dan bertasbih dan bacalah al Quran.

📝 Dengarlah khutbah Arafah sepenuh perhatian berazamlah untuk melakukaknnya sebaik baiknya utk tahun ini in syaa Allah.

📝 Solat asar dan bertakbir serta wirid petang.

📝 Baca al quran sehingga sebelum maghrib sekitar sejam, mulakan doa dengan khusyuk dan bayangkan hari kita akan beridiri di hadapan Allah, jangan lupa doakan saudara saudaramu di seluruh dunia.

📝 Berdoalah kepada Allah agar tidak terbenam mentari arafah melainkan dosa kita telah terampun.

📝 Doakan juga Allah memberi petunjuk untuk melakukan semua amal soleh dan menerima amal kita.

📝 Bila azan maghrib, buka puasa jangan lupakan berdoa ketika itu tidak tertolak.

Ingatkan ahli keluargamu dan mereka yang kamu sayang...

Semoga Allah menjadikanku dan kalian merdeka dari neraka dan amalan kita diterima...

Semoga Allah membalas kebaikan orang yang mengirimkan pesanan ini, dan mereka yang mengingatkan keluarga serta saudara saudaranya dengan segala kebaikan.

🏞 _*Semoga Allah membahagiakan kamu dunia dan akhirat*_ 🏞

Tidak Dicatat Sebagai Dosa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tidak Dicatat Sebagai Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي عَمَّا تُوَسْوِسُ بِهِ صُدُورُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَتَكَلَّمْ بِهِ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku ini sesuatu yang terdetik dalam hati selama tidak dilakukan, atau diucapkan. Dan apa-apa yang dipaksakan kepadanya." (HR Ibnu Majah No: 2034) Status: Hadis Sahih


sumber:google image

Pengajaran:

1. Niat buruk yang terdetik dalam hati tidak akan dicatat sebagai suatu dosa selagi tidak dilakukan atau diucapkan.

2. Sesuatu amalan buruk yang dipaksakan kepada seseorang tidak dicatat sebagai dosa bila sampai pada tingkatan terancam nyawanya, anggota tubuhnya, hartanya dan yang semisal dengannya dimana dia tidak mampu mengelaknya.

Allah Ta’ala berfirman:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.”(QS. An Nahl: 106)

3. Jika orang yang dipaksa ini bersabar dengan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran, bersabar atas gangguan dan sesuatu yang menyakitkan dan mengharap pahala dari Allah tentunya hal ini lebih mulia. Seandainya dia terbunuh kerana memegang prinsip akidahnya yang benar dan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran maka dia termasuk orang yang mati syahid.

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Ini bukti kasih sayang Allah... Allah punya sayang kat kita, kalau buat baik..niat je dah dapat pahala... kalau buat jahat selagi tak buat tak dicatatkan dosa... Tapi kita sebaliknya... Yang baiknya orang seribu kebaikan hilang hanya sebab satu kesilapan... Siapa zalim??? Renungkanlah..

Ogos 29, 2017

Blog Tak Siap!

Blog Tak Siap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


sumber: google images

Bila bosan, mula gatal tangan godek blog... Sekali tengah godek si baby bangun kerana terdengar pekikan tarzan si kakak...

Merah padam menahan marah... Jadinya blog tak siap... Jadi, blog ni masih dalam proses tukar kulit dan baik pulih la ye... Jangan pening pula masuk blog ni... Segalanya masih dalam proses pembikinan...

Tunggu anak tidur sekali lagi... Baru boleh hadap laptop semula.... Kalau tak memang gitu lah gayanya.... 

5 Kategori Pahala Sedekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

RASULULLAH DAN SEORANG PENGEMIS

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW.

Pengemis itu berkata:
"Saya pengemis ingin meminta sedekah dari mu Ya Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai Aisyah, berikan baju aku itu kepada pengemis itu."

Sayyidah Aisyah RA pun melaksanakan perintah Nabi SAW itu.

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian Beliau SAW, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar itu:

"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah SAW?"

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua orang yg hadir ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh hambanya agar membelinya dengan harga berapa pun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya:

"Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu aku merdekakan."
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gembiranya sibuta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah SAW yang didapatinya, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:

" Yaa Rabb, dengan hak Rasulullah SAW dan berkat baju yg suci ini maka kembalikanlah pandanganku."

MaSya Allah...dengan izin Allah SWT, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:

"Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku mau kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Sayyidah Aisyah RA:

" Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta,
memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Subhanallah...


sedekah
sumber: google images

******************************************************************************

5 Kategori Pahala Sedekah


Al-Imam as-Sayuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala sadaqah itu ada 5 macam:

‎أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
‎(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori:

1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.

2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau yg tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat membutuhkan.

4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah/hadiah kepada kedua orangtua sendiri.

5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yg alim atau ahli fiqih.


[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiiiin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain

Ogos 28, 2017

5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah! | Pernah jadi satu isu dulu... wanita yang kecewa lebih memilih untuk sendiri... Wanita memang kuat... boleh hidup sendiri tanpa suami... Tapi bagi wanita yang ada anak, fikirkan semula... Anda boleh hidup sendiri tapi tidak anda... Anak tetap perlukan seorang ayah...

Sumber: google images

Ini 5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Seorang Ayah... 

1. Lebih Berisiko Kena Penyakit

Anak yang kematian ayah atau ditinggalkan ayahnya lebih berisiko nak kena penyakit dalam hidupnya. Kenapa? Kajian menunjukkan anak yang ditelantarkan ayahnya sendiri akan mempunyai Telemores yang lebih pendek sebanyak 14% daripada anak yang mendapat sepenuh perhatian dan penjagaan daripada ayahnya.

Telemores ni salah satu komponen yang melindungi sel tubuh. Telemores yang pendek dikaitkan dengan kanser dan penuaan.

2. Rasa Percaya Diri Kurang

Anak yang kurang mendapat perhatian ayahnya biasanya akan mengalami konflik dalaman sehingga menjejaskan rasa percaya diri. Kajian daripada Pennsylvania State University menunjukkan anak yang mendapat perhatian ayahnya mempunyai rasa percaya diri yang lebih kuat.

3. Lebih Cenderung Dengan Masalah Sosial dan Konflik Dalaman

Anak yang tak dapat cukup perhatian daripada ayahnya biasanya akan terlibat dengan gejala sosial dan juga berdepan dengan bermacam masalah hidup.

Ni faktanya :
- 71% remaja yang berhenti sekolah di US datang daripada rumahtangga yang takde ayah
- 63% remaja yang bunuh diri di US pun datang daripada keluarga yang takde ayah

4. Hilang Rasa Percaya Pada Lelaki

Jangan terkejut kalau sebenarnya seorang ayah tu mewakili para lelaki di luar sana pada pandangan anaknya sebab tu la biasanya anak yang ditinggalkan ayah kandung sendiri akan membenci semua lelaki dan menganggap semua lelaki tak boleh dipercayai hatta suaminya sendiri!

5. Efek pada IQ

Kajian daripada University of Newcastle sendiri menunjukkan penglibatan seorang ayah secara aktif dalam membesarkan anaknya sebenarnya boleh meningkatkan IQ si anak tu sendiri!

Jadi nak anak kita ada IQ yang tinggi? Ajak la pasangan kita semua untuk sama-sama membesarkan anak-anak dan beri sepenuh perhatian pada si comel tu.

p/s : Yang mana sedang "pjj" tu amalkan je tips mahal ni. Kena selalu cerita kat anak-anak tentang ayah diorang. Biar anak-anak rasa ayah diorang tu dekat je di hati walaupun hakikatnya jauh di mata.

p/s : Betapa ajaibnya cinta seorang anak pada ayahnya kan? Sehingga tanpa si ayah, hidup anak kita boleh kacau bilau dibuatnya. Jadi tolong ingatkan pasangan masing-masing untuk sama-sama beri perhatian pada anak anak ye.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

Memang dalam mencorakkan anak, perlukan sentuhan ibu dan bapa... Tak boleh berseorangan...atau salah sorang daripadanya. Tengok saja zaman kita dulu... beza suara ibu dan ayah... Kalau emak suruh 10 kali baru gerak, tapi ayah suruh sekali aje... sama juga dengan MF kat rumah... MF bersuara banyak kali baru anak akan buat... tapi Abi nya suruh sekali aje..terus buat tanpa alasan.. itulah aura bapa yang terlalu ajaib Allah ciptakan... bukti rumahtangga perlu dibina dengan kasih sayang...

Ada drama best tentang ni... next entry MF review pasal drama ni ye...

Mee Kuning Homemade Dengan 3 Bahan Mudah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mee Kuning Homemade Dengan 3 Bahan Mudah! | Hikmah hujan semalam... Tertiba jadi rajin... Bila hujan tekak dan perut minta diisi aje... Bila scroll Facebook jumpa pelbagai resepi berasaskan mee... Mula la teringin tapi takde pula mee kuning..

Teringatkan Chef dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa.. Dan perkongsian demo masakan mee buatan sendiri guna mesin buat mee di Go Shop.. Terus.. Zuppp... Bangun dari pembaringan ke dapur...

Mula menyinsing lengan... Buat mee sendiri.. Tanpa search Google... Buat aje sendiri...

First trial... Buat tak banyak... Takut tak menjadi... Tapi... Alhamdulillah... Menjadi akhirnya...

Mudah sangat buat mee kuning rupanya... 3 bahan aje dah boleh jadi mee atau pasta... Tanpa bahan pengawet..

Ni MF kongsi kan resepi dan cara buat mee kuning sendiri..

Mee Kuning Homemade Dengan 3 Bahan Mudah!

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu garam
1/2 cawan air suam
Sedikit kunyit sebagai pewarna kuning.

Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga menjadi doh...

Pertama kali buat MF tak berapa nak confident nak agak air dan tepung... Jadi MF letak sikit-sikit... Hingga dapat tahap kelembutan doh yang kita nak...

2. Lepas tu, canai kan doh hingga leper dan potong jejari seperti gambar di bawah :

Homemade Mee Kuning Dengan 3 Bahan Mudah!

Opsss.  Lupa... Masa canai tu letak sikit minyak masak untuk elakkan doh lekat dan menjadikan doh sedikit lembut dan kenyal... 

3. Lepas tu, dah siap canai dan potong... Didihkan air... Dan rebus doh yang siap di canai tadi... 

Gambar bawah ni adalah mee yang siap direbus... 

Nak tau masak ke tak.. Mee tu akan timbul ke atas bila dah masak... 

Homemade Mee Kuning Dengan 3 Bahan Mudah!


Gambar bawah ni pula ialah mee buatan sendiri yang siap digoreng dengan bahan-bahan yang mudah... MF cuma letak sosej.. Dan goreng dengan minyak bijan untuk jadikan rasanya seperti masakan Cina...

Homemade Mee Kuning Dengan 3 Bahan Mudah!

Alhamdulillah pertama kali buat.. Puas hati sebab menjadi dan Sedap.. Sukatan di atas boleh dapat sepinggan penuh seperti gambar di atas... Tu pun kenyang sangat... Sebab mee buatan sendiri lebih kenyal dan cepat kenyang... Yang penting tiada bahan pengawet...

Lepas ni.. Tak susah lagi... Rasa Nak makan pasta buat aje sendiri...

Siapa nak cuba, dipersilakan... Jika suka resepi ini.. Jangan lupa kongsi kan kepada rakan.. Selamat mencuba... 

Salah Orang Nampak Je... Salah Sendiri?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Jangan Mencari-cari Kesalahan Sesama Muslim.

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ
وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ
وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ.

رواه أبو داود.

Maksud hadith :-

Daripada Abu Barzah Al Aslami beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai orang-orang yang beriman
hanya dengan lidahnya dan keimanannya
belum menusuk ke dalam hatinya,

janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya.

Maka sesungguhnya barangsiapa
yang mencari-cari kesalahan mereka (muslim), maka Allah akan mencari-cari kesalahannya.

Maka barangsiapa yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya sekalipun dia ada di dalam rumahnya sendiri."

(Hadith riwayat Abu Daud : 4880)



Jangan sibuk nampakkan aib orang hingga terlupa aib sendiri...

Jangan sibuk nampak koyaknya kain orang sampai tak sedar koyaknya kain sendiri...

Bersangka baik dan bersihkan hati... Setiap dari kita ada aib... Hari ni kita buka aib orang, satu hari aib kita pun akan terbuka... Jika kita sembunyikan aib orang... Insha Allah Allah pelihara aib kita...

Jadilah mata lebah yang nampak indahnya debunga yang dipenuhi madu yang manis... Jangan jadi mata lalat yang bising mencari buruk dan busuknya najis hingga terlupa badan sendiri dipenuhi najis... 

Ogos 27, 2017

Ini Ucapan Yang Sepatutnya Diucapkan Kepada Pengantin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Ucapan Yang Sepatutnya Diucapkan Kepada Pengantin | Tengah musim kahwin sekarang.. Alhamdulillah ramai yang berumahtangga.. Hari-hari ada saja yang mendirikan masjid.. Menangis lah syaitan kan... Moga kekal rukun dan damai...

Biasa apa ucapan kita bila bertandang ke rumah pengantin atau hadiri jemputan kahwin? Mesti sekadar selamat pengantin baru kan... Tapi, jangan tak tahu... Ada ucapan yang Nabi s.a.w  dah ajarkan kepada kita bila jumpa pengantin baru... Atau dapat khabar orang baru kahwin...



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

Dari Abu Hurairah berkata; Adalah Rasulullah SAW  mengucapkan selamat atas orang yang menikah,  dengan kata-kata (doa):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

"BAARAKALLAHU LAKA WABAARAKA ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA ALA KHAIRIN"

(semoga Allah memberkahimu dan juga memberkahi isterimu serta mengumpulkan kalian berdua pada kebaikan)." (HR Ahmad No: 8599)

Pengajaran:

1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan

2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan kepada pengantin yang kita raikan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

"BAARAKALLAHU LAKA WABAARAKA ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA ALA KHAIRIN"

(semoga Allah memberkahimu dan juga memberkahi isterimu serta mengumpulkan kalian berdua pada kebaikan)

Ayuh ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.

Sumber: Telegram Channel 


Doa ni ada dalam lagu Maher Zain... Tajuk Barakallahu... Jadi, bagi pengantin elok jika nak pasang lagu ini sebagai penyeri dalam majlis...

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau | Bila hujung minggu apa lagi boleh dibuat melainkan masak dan makan... 

Kadang pening juga kepala... Nak masak apa... Tapi kena juga kreatif fikir nak masak apa... Semalam ada ikan temenung aje... Ikan temenung tu ikan kembung la ye
.. Orang daerah Baling panggil ikan temenung...  Memang temenung pun sekarang ni.. Sebab ikan ni makin mahal... MF beli kat pasaraya dekat rumah 12 ekor, RM12...  Nak tak nak makan juga la kan..sebab bosan makan ayam.

Ikan ni sedap makan goreng biasa aje... Lepas goreng boleh ratah gitu je..  Tapi sebab nak ada pedas sikit jadi buat sambal... Biasa sambal merah, kali ni buat kelainan sikit... Buat sambal hijau. 

Simple dan senang resepinya... 

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau!

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau! 


Bahan-bahan:

Ikan yang siap digoreng garing

Bahan-bahan sambal:

6 biji Cili hijau 
3 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah / 1/2 bawang besar
1 biji tomato
1 sudu air asam jawa
Gula dan garam sebagai perisa

Cara masak sambal:

  1. Kisar cili hijau, cili padi, bawang putih dan bawang merah. 
  2. Tumiskan bahan kisar hingga masak dan agak pecah minyak...  Kalau kering boleh letak air sikit.
  3. Letakkan air asam jawa dan kacau rata.
  4. Masukkan tomato yang dipotong nipis.
  5. Masukkan gula dan garam... 
  6. Gaul rata dan sebati... 


Cara hidangan:

  1. Gaulkan ikan goreng dengan sambal sebelum diangkat, atau;
  2. Susun ikan dalam pinggan dan tuang sambal hijau di atas... 


Memang tertarik... Sebab ikan temenung ni goreng garing sedap... Isinya lemak manis gitu... Ikan lain boleh juga... Tapi pastikan goreng garing...

Baik Vs Jahat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[ CARA MENINGGALKAN KEJAHATAN ]

Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.



Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit ialah dengan membaca Al Quran.
Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan berzikir dan berdakwah.
Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.
Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.
Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[ Ustaz Pahrol Muhamad Juoi ]


Kalau kita betul-betul nak berubah menjadi lebih baik , tetapi tak tahu nak mula macam mana?

Mulalah dengan perbaiki SOLAT kita !!

Ulama kata perbaikilah solat kita dengan 3 perkara:
1) Solatlah dengan khusyuk dan ikhlas kerana ALLAH
2) Solatlah di awal waktu
3) Solatlah secara berjemaah

Istiqamahlah menjaga 3 perkara ini dalam solat kita selama 40 hari kerana para ulama kata perkara yang kita buat istiqamah selama 40 hari akan menjadi tabiat semulajadi dalam kehidupan kita.

Cubalah amalkan... Insya Allah anda akan nampak kesannya.

PERCAYALAH....

#jomsolat #istiqamah

Kita berdakwah dan mengajak orang lain ke arah kebaikan bukan bermakna kita sudah baik atau nak tunjuk baik.

Tapi , itulah usaha kita untuk menjadi baik.

Seperti mana yang diperingatkan oleh Hassan al-Banna :
"Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda:
Pertama pinggan itu bersih.
Kedua tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, takkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yang sama."
(Imam Hassan Al-Banna)

Teruskan berjuang untuk menggapai redha Allah.
Moga Allah bagi syurga buat kalian semua.

Sumber: Bahagian Dakwah, JAKIM

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest | Lazada siapa tak kenal kan... Budak sekolah pun kenal Lazada ni... Satu e-shopping mall terbesar di Malaysia dan Asia... Nak beli barang apa, mudah dengan Lazada... Boleh dikatakan setiap bulan, ada sahaja barang MF dan suami akan shopping di Lazada... 

Sempena Merdeka, Lazada ada kan sale hebat untuk semua... 

Sebut pasal merdeka... kenapa kita ingat tarikh 31 Ogos setiap tahun? Kerana negara kita Malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos... berkat perjuangan bangsa Malaysia suatu masa dahulu, kita dapat nikmati keamanan negara dari penjajah hingga ke hari ini.

(a) Kenapa MF bangga jadi rakyat Malaysia?

Kerana Malaysia satu negara yang unik, indah dan penuh rahmat. Di Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, tapi dapat hidup serumpun dengan aman dan damai tanpa bertelagah. Kita dapat nikmati kepelbagaian budaya dan adat bangsa lain... Bahkan paling menarik dan susah nak dapat kat negara lain ialah jenis makanan... Orang Melayu boleh makan, makanan Cina, India dan bangsa lain... begitu juga sebaliknya. 

Selain itu, MF syukur jadi rakyat Malaysia sebab negara yang sangat indah dengan struktur bumi dan ekosistemnya yang penuh rahmat... Pelbagai flora dan fauna terdapat di sini... Dengan iklim panas dan lembap setiap tahun menjadikan Malaysia sebuah negara yang subur... Nak tanam apa, tak perlu risau... pasti mudah aje nak tumbuh... Jadi tak hairan, jika buah-buah sejuk seperti strawberi, anggur dan sayuran sejuk dah boleh didapati di Malaysia... Tak terkecuali, buah di Timur Tengah seperti buah kurma juga dah boleh berbuah subur di Malaysia. 

Jadi, kenapa tidak kita mesti berbangga sebagai rakyat Malaysia kan... 


Di Lazada, terdapat banyak barangan luar negara dan barangan jenama tempatan. Tapi satu jenama yang MF betul-betul suka dan memang akan beli dan guna iaitu, produk kecantikan jenama SAFI. Saat orang lain sibuk memakai jenama terkenal luar negara, MF setia dengan SAFI... kerana produk jenama ini, mudah didapati di kedai offline dan paling senang nak dapat di Lazada dengan harga yang lebih rendah. Dan paling penting HALAL dan Selamat digunakan. 

(b) Dua produk Jenama SAFI yang MF suka ialah:



Satu lagi kelebihan kenapa MF suka produk ini ialah sebab jimat... Makan masa berbulan bahkan hampir setahun baru habis... dah la murah, jimat pula tu kan.. sesuai betul dengan zaman kos sara hidup tinggi ni... Jadi, MF setia dengan jenama Safi ni hingga sekarang. Suami MF pun turut guna  jenama ni... sebab jenama ni sesuai juga untuk kulit lelaki... dan selesa bagi dia. 

Ikutkan banyak lagi produk jenama tempatan menjadi pilihan, tapi cukup pilih dua ini aje... Nak tengok produk lain boleh jengah Lazada. 

Dan sempena merdeka ini, Lazada buat sale hebat. Lazada ada Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) bermula 25 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017 (di mana anda boleh menikmati diskaun hingga 80%!). Diskaun sehingga 80% tu. Mesti menggigil jari tengok sale ni.. rasa nak beli semua je nanti nih... hehe... 


Entry ini ada untuk menepati syarat Merdeka!Merdeka! Blogger Contest oleh Lazada Malaysia. Semua blogger berpeluang untuk sertai Contest ini dengan 3 syarat mudah:
a. What do you love about being Malaysian? 
b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/ 
c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned. 

Contest ini berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017. 

Hadiah yang ditawarkan:
1st Prize: 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher 
2nd Prize: 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher 
3rd Prize: 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher 

Untuk sertainya, boleh >>>KLIK SINI<<<

Ogos 26, 2017

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk! | Nasi sejuk, sayangnya nak buang kan... Nasi ni walaupun kita masak dengan sukatan yang sama, tapi kuantiti makan tu tak sama... Setiap hari selera ahli dalam rumah kita tak sama... Jadi, ada kalanya memang akan terlebih nasi sejukk.... Sayang nak buang. Kalau dulu masa dok kat kampung, nasi sejuk jadi rezeki ayam dan lembu... Tapi di bandar nih, mana nak ada ayam... bahkan kucing pun tak dibela... JIka tidak memang tak kan membazir.

Tapi jangan risau... Nasi sejuk boleh diguna semula... Tapi jadi suatu makanan lain yang lebih menaikkan selera... Jom cuba 8 Resepi Daripada Nasi Sejuk ini... 

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

1. Nasi Goreng

Hidangan biasa yang kita akan buat jika ada lebihan nasi sejuk di rumah. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda cuba asalkan mengikut citarasa anda.

Sumber: google images

NASI GORENG SARDIN

BAHAN-BAHAN:
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
30gm daun bawang
30gm daun sup
1 sudu makan kicap pekat
1 biji cili merah
10 biji cili padi
3 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 ekor ikan sardin dalam tin
500gm nasi putih sejuk


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan ikan sardin bersama cili padi dan juga cili kisar. Kacau rata dan perasakan secukupnya.
3. Masukkan nasi putih dan gaulkan hingga sebati.
4. Tambahkan kicap dan kacau lagi hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan cili merah, daun sup, daun bawang dan juga hirisan bawang besar.
6. Kacau rata dan angkat.



2. Roti

Bagi yang suka membuat roti, mungkin boleh cuba roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang seperti seperti roti biasa namun ditambah sedikit kisaran nasi di dalamnya. Roti ini sangat gebu dan enak dan sesuai dinikmati bersama jem dan kaya atau diciah air kopi.


3. Apam

Ha…Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba menggunakan nasi sejuk. Ada yang panggil sebagai apam beras. Ada juga yang memanggilnya apam nasi. Kedua-duanya merujuk kepada hidangan yang sama.

Sumber: google images

RESIPI APAM NASI

BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis


BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum


(Kelapa Parut):
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya


BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.



4. Lempeng

Siapa tidak kenal lempeng? Ia makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang atau kelapa. Anda juga boleh memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar dan adun seperti biasa. Anda hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum, air, garam dan minyak untuk menggoreng. Adun dan masak seperti biasa. Enak dinikmati bersama sambal tumis atau kari.

5. Bubur

Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi dan air  ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama hidangan sampingan lain. Memang sedap! Waktu memasak pun menjadi singkat.

Sumber: google images

BUBUR NASI POWER

BAHAN-BAHAN:
500gm nasi putih semalam
3 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
10 gm daun sup | dihiris nipis
10 gm daun bawang | dihiris nipis
10 gm ikan bilis goreng
10 gm kacang tanah goreng
1 biji telur masin | dibelah dua
5 gm cili merah | dihiris
5 gm bawang goreng
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit air suam
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

1. Nasi putih semalam dikisar dengan air suam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Campurkan nasi putih yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Taburkan dengan daun bawang, daun sup, kacang tanah, cili merah, bawang goreng dan telur masin.


6. Bahan Salutan

Siapa sangkat nasi sejuk boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perlu anda lakukan ialah keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.


7. Keropok

Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menajdi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng didalam minyak yang panas sehingga kembang. Sedap! Tapi jika nasi anda tidak benar-benar kering, keropok ini tidak akan mendapat hasil seperti diingini.

8. Cucur Nasi

Langkah yang sama seperti menghasilkan cucur yang biasa Cuma perlu menambahkan kisaran nasi ke dalam bancuhan tepung. Olah dengan menambah bahan-bahan lain seperti hirisan bawang, udang, cili dan serbuk perasa. Goreng dan nikmati segera.

CUCUR NASI

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.


NOTA:

Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Rasa


Banyak makanan lain hasil recycle dari nasi sejuk... Tapi jangan makan nasi sejuk bagi orang dalam pantang... nanti bentan pula jadinya... 

4 SEBAB HATI MENJADI KERAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." 
(Al-Hadid ayat 16)

Ibnu Rajab (736-795 H) seorang ulama hadith, ahli fiqih dan usul terkemuka, menghurai sebab hati menjadi keras dan sulit menerima hidayah.

sumber: google images

4 SEBAB HATI MENJADI KERAS


1.  Pertama, banyak berbicara dan meninggalkan zikrullah.

Ini disimpulkan dari hadith Rasulullah saw,

"Janganlah kamu banyak berbicara kecuali zikrullah. Sungguh, banyak bicara itu membuat hati menjadi keras, dan orang yang paling jauh dari Allah adalah yang berhati keras," (HR Tirmidzi No.2413, Malik dan Baihaqy).

Dalam riwayat lain, baginda bahkan menyebut hati yang keras sebagai salah satu punca kesengsaraan. (HR al-Bazzar, Majma az-Zawaid 10/226).

Jadi, kurangkan bercakap hal yang membawa kemurkaan Allah, gosip, ghibah dan hal-hal yang negatif... 

2. Kedua, banyak tertawa.

Kebiasaan buruk ini menjadikan hati lalai mengingat Allah, sehingga menjadikan hati kehilangan ruh dan kesedaran jati diri. Maka tepat, jika Rasulullah saw jauh-jauh hari mengingatkan untuk menghindari kebiasaan yang satu ini.

"Janganlah kalian banyak tertawa, kerana hal itu dapat mematikan hati," (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Bergurau dan ketawa boleh, tapi biar berpada... Tak perlu nak buat lawak dan troll perkara yang tak mendatangkan faedah... 

3. Ketiga, banyak makan.

Apalagi jika yang dimakan itu berupa barang syubhat (meragukan) atau haram, atau diperoleh dengan cara yang sama. Seorang ulama, Bisyr bin al -Harits, pernah menjelaskan bahawa banyak berbicara dan makan merupakan dua penyebab hati menjadi keras. Selain menyebabkan hati keras, banyak makan akan menyebabkan badan subur dan besar syahwatnya, inilah "bahan bakar" dari syaitan untuk melakukan maksiat. Sangatlah bijak Rasulullah mengajarkan kepada kita supaya berpuasa kerana dengan puasa nafsu syahwat akan terkurang.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan... Makan makanan yang berkhasiat dan diyakini halal... tinggalkan yang syubhah dan makanlah makanan dari sumber yang halal.

4. Keempat, banyak dosa dan maksiat.

Rasulullah saw sangat tepat dalam salah satu hadithnya, ketika mengibaratkan dosa seperti titik hitam yang melekat di hati. Jika pelakunya bertaubat lalu meninggalkan kemaksiatannya dan memohon ampun kepada Allah, hatinya berubah menjadi bersih. Begitu juga dengan keimanan dapat bertambah dan berkurang. Dapat bertambah jika sentiasa mengingati Allah, dan berbuat kebaikan serta dapat berkurang dengan lalai mengingat Allah dan senang dengan kemaksiatan.

"Jika kemaksiatannya bertambah, bertambah juga titik itu sehingga hatinya menjadi tinggi, sombong dan tak dapat menerima kebenaran." 
(HR Tirmidzi).

Dosa dan maksiat ini banyak... walaupun dosa kecil, iainya tetap meninggalkan kesan... Bila lazim buat dosa kecil... hati akan mati... dan tak mustahil akan boleh buat dosa besar... Elakkan buat dosa... dosa mata, dosa telinga, dosa mulut, dosa anggota-anggota lain.. kerana semuanya beri kesan pada hati... 


Bila hati keras, susah untuk menerima kebenaran... Orang macam ni ramai kita jumpa pada zaman sekarang... kesombongan yang nyata... Bahkan para ulama dan ilmuwan pun akan dihentam balik kerana hati sudah hitam... 

Semoga kita dapat elak, 4 perkara ini dari dalam kehidupan kita seharian... 

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam rahimku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada dirahimku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada-Mu dan kepada rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal, pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah tubuh badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran serta limpahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepadanya

 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sumber : Himpunan Doa




Tampalkan doa ini pada buku pink atau tempat yang senang nampak dan boleh dibaca selalu... Insha Allah. Doa ibu sangat mustajab dan tiada hijab.. 

Ogos 25, 2017

Masak Jagung | Rebus atau Kukus Yang Lebih Sedap?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masak Jagung : Rebus atau Kukus Yang Lebih Sedap? | Sekarang ni tengah musim buah... Tapi sesetengah tempat aje ada buah.. Macam kat tempat MF ni rambutan dan durian tak berapa nak menjadi... 

Selain tu sekarang ni juga musim buah jagung, petai dan buah mata kucing banyak dijual Kat gerai buah... Buah cempedak pun banyak... 

Dalam banyak-banyak buah, dan yang MF boleh makan ialah buah jagung aje la... Yang lain tu alah sikit... 

Banyak kali juga beli jagung.. Beli pun tak banyak sebab MF seorang je yang suka.. Anak-anak kurang suka.. Sama juga kalau buat cekodok jagung... MF seorang je la mengadap... 

Selain buat cekodok.. Jagung sedap direbus... Tapi ada tengok orang masak cara kukus... Sedap ke? 

Jadi, nak tahu sedap ke tidak kita buat sendiri... 

Jagung Kukus Lagi Sedap

Biasa MF rebus.. Tapi kali kedua beli jagung MF kukus guna periuk Tefal aje... 

Senang guna periuk Tefal tu... Letak air, tekan "Steam" tunggu aje la siap... 

Tapi sebelum masak tu dah lumur garam halus siap-siap sebagai perasa... 

Jagung kukus sedap

Dah siap masak, sekali rasa... Memang sedap dari rebus rupanya... Patutlah jagung yang dijual Kat kiosk seperti Daily Fresh tu Kukus.. Tak rebus.. 

Kelebihan bila kukus ni.. Rasa manis jagung tak hilang.. Dan Air dalam jagung tu mengekalkan rasa lemak-lemak manis dan tak kering bola kita makan... 

Dah tau tu, lepas ni memang kukus aje la masak Jagung... Tak rebus dah... Sebab rasanya lagi sedap... 

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan | Tahu tak, majoriti masyarakat Islam kita sekarang hanya Islam pada nama tapi tidak melakukan perintah Allah yang utama iaitu solat. 

Bila yang dewasa tak solat, apatah lagi anak-anak... Tapi ada juga ibu bapa solat tapi anak tak nak solat. 

Bila semakin dewasa semakin liat anak nak solat jika tak dipraktikkan sejak kecil. Seawal usia dua tiga tahun dan boleh didik anak solat... 

Sebelum usia 7 tahun didik lah anak solat... Jangan disuruh atau dipaksa kerana itu proses mereka belajar... 

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan 


Tips Mudah ni jika kita lazimi dan istiqamah... Insha Allah... Anak mudah amalkan solat dalam kehidupan... 

1. Solat Depan Anak

Jangan dihalang anak nak tengok mak bapak nye solat... Biarkan dia tengok... Memula memang kacau.. Tapi itu semua proses belajar... Biarkan dia tengok... Sebab anak-anak ini bila besar akan meniru perbuatan ibu bapa nya.. 

2. Ajak Anak Solat Bersama

Ajak Anak Solat Bersama... Tak perlu suruh.. Panggil dan solat berjemaah sekali.. Sekali pun 3 4 tahun usianya... Tapi anak ni akan excited kalau mak bapak nye ajak solat... 

3. Minta Anak Laungkan Iqamah

Bagi anak lelaki... Minta Laungkan Iqamah sebelum solat... Ni boleh dipraktikkan bagi anak yang besar sikit... Bagi anak yang masih kecil, kita Laungkan Iqamah dan minta Anak dengar dan jangan buat bising. 

4. Baca Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas.

Baca Bacaan kuat sikit walaupun kita solat sendiri... Bapa selalu kena praktis cam ni... Bila anak terbiasa dengar... Dia akan faham... Ini tanda bapanya ajak jemaah bersama... Bagi anak kecil pula.. Lama-lama dia akan ikut bacaan tu... 

5. Salam dan Peluk Lepas Solat

Lepas Solat peluk dan salam anak-anak... Minta maaf dan berikan nasihat yang baik-baik tapi ringkas menusuk qalbu... 

6. Beri Pujian Setiap Amalan Yang Positif 

Jika anak ikut kita solat, berikan pujian dan galakan supaya dia buat dan ikut lagi kita solat di lain waktu tanpa kita suruh atau ajak. 

7. Ajar Wuduk

Memula ajar anak wuduk memang kena sabar.. Sebab dia pasti akan main air dan baju confirm basah... Tapi itulah belajar namanya.. Jangan marah... Biarkan... Lama-lama dia akan tahu nak control tak nak basahkan baju ketika berwuduk. 

8. Tazkirah dan Nasihat Ringkas Lepas Solat

Berilah apa sahaja nasihat atau cerita teladan yang ringkas lepas solat... Ajar mengaji dua tiga muka surat.... Masa 5 minit yang diluangkan itu lebih berharga jika diselit dengan majlis taklim dalam keluarga. 

9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan

Bila tengok TV, ada waktu azan biarkan anak dengar hingga habis dan ajar anak berdoa selepas azan... 

10. Bawa ke Masjid

Jika anak lelaki, memang wajar lazimi ke masjid.. Sehari 1 waktu pun jadilah... Tapi jangan lupa ajarkan anak adab di masjid supaya tak mengganggu jemaah yang lain. 

11. Tegur Kesilapan Dengan Hikmah

Tegur dengan baik dan lemah lembut... Anak ni kadang kalau kita marah dengan nada yang kuat tak meresap di jiwa... Tapi kalau guna nada yang lembut dan penuh hikmah meresap terus ke jiwa... Ibarat kata Ustaz Kazim... Tegur dengan suara bass.... 


12. Belikan Telekung dan Kopiah yang Cantik. 

Melabur lah sikit... Kalau anak perempuan, belikan telekung ikut warna kegemaran dia... Kalau anak lelaki... Belikan kopiah dan sejadah yang khas untuk Kanak-kanak... Ini untuk berikan semangat untuk dia terus solat tanpa paksaan... 

13. Doa

Apa sahaja usaha kita, wajiblah disertai dengan doa.. Amalkan doa Nabi Ibrahim... Untuk didik anak yang mudah solat dan lazimi solat... Antara doa yang boleh diamalkan untuk didik anak lazimi solat:

(رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ(40

( رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ (41

Maksudnya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." (Surah Ibrahim : 40-41)


Moga kita dapat buat semua tips diatas dengan penuh istiqamah.. tiada Istilah anak kecil lagi... dari kecillah kena ajar... Bila dia dewasa, dia dah biasa solat... melentur buluh biar dari rebungnya.. 

Ogos 24, 2017

MANFAAT AIR SUAM YANG SELAMA INI KITA TAK ENDAHKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MANFAAT AIR SUAM | Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 💯% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan, termasuk:

  1. penyakit sakit kepala, 
  2. migrain, 
  3. tekanan darah tinggi, 
  4. tekanan darah rendah, 
  5. sakit sendi, 
  6. tiba-tiba meningkatkan dan mengurangkan denyutan jantung, 
  7. epilepsi, 
  8. tahap peningkatan kolesterol, 
  9. batuk, 
  10. rasa tidak selesa badan, 
  11. sakit Golu, 
  12. asma, 
  13. penyakit batuk kokol, 
  14. penyumbatan pembuluh darah, 
  15. yang berkaitan dengan rahim & air kencing, 
  16. masalah perut, 
  17. kurang selera makan, 
  18. juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.


CARA PENGGUNAAN AIR SUAM

Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.

Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukannya.

Terapi air suam akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya:
  • Diabetes dalam 30 hari
  • Tekanan darah dalam masa 30 hari
  • isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
  • Semua jenis kanser dalam 9 bulan
  • Urat tersumbat dalam 6 bulan
  • Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
  • Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
  • Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
  • Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
  • penyakit jantung dalam 30 hari
  • Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
  • Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
  • Kolesterol dalam 4 bulan
  • Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
  • Asma dalam 4 bulan.


Kalau ada sakit-sakit di atas, istiqamahlah berpantang air sejuk dan konsisten minum air suam... 

AIR SEJUK (AIR BATU) TIDAK BAIK UNTUK ANDA:

Dimasa lalu, orang pernah berkata bahawa air sejuk tidak memberi kesan kepada anda pada usia muda, ia akan membahayakan kamu di masa tua kelak.

  • Air sejuk menutup 4 urat jantung  dan menyebabkan serangan jantung ; Minuman sejuk adalah sebab utama kepada Serangan Jantung.
  • Air sejuk menimbulkan masalah di dalam hati; menjadikan lemak terperangkap di dalam hati. Kebanyakan orang yang menunggu untuk pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.
  • Air sejuk memberi kesan kepada dinding dalaman perut.
  • Air sejuk memberi kesan kepada perut dan usus besar dan menyebabkan kanser.


Info ini betul...sebab banyak bukti nyata berlaku pada diri sendiri dan keluarga....Betul, masa sekarang tak rasa..tunggu umur 35 tahun ke atas... 

Bagi wanita yang dah pernah beranak, lagilah kena jaga... Elakkan lah minum air sejuk terutama minuman berais selalu... 

Berpantang tu bukan hanya untuk orang kampung dan orang lama... Tapi releven sampai bila-bila...Orang tua dulu memang tak de kajian dan tak mengaji tinggi... tapi pengalaman mereka kadang tak terjangkau dek akal... Mak MF usia menjangkau 70 tahun, tapi tenaga kalah orang muda usia 30 tahun... takde penyakit yang memudharatkan... Alhamdulillah... rahsianya, air suam... ke mana mak pergi, mesti bawa airsuam.. Tak pernah minum air sejuk langsung dari muda..Tapi kami anak-anak ni tak mampu nak disiplin macam mak... hehe

Jadi, sayangkan badan semasa muda agar kekal muda di usia tua... kalau kita tak sayangkan diri sendiri siapa lagi...