div id='header-inner'>

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau | Bila hujung minggu apa lagi boleh dibuat melainkan masak dan makan... 

Kadang pening juga kepala... Nak masak apa... Tapi kena juga kreatif fikir nak masak apa... Semalam ada ikan temenung aje... Ikan temenung tu ikan kembung la ye
.. Orang daerah Baling panggil ikan temenung...  Memang temenung pun sekarang ni.. Sebab ikan ni makin mahal... MF beli kat pasaraya dekat rumah 12 ekor, RM12...  Nak tak nak makan juga la kan..sebab bosan makan ayam.

Ikan ni sedap makan goreng biasa aje... Lepas goreng boleh ratah gitu je..  Tapi sebab nak ada pedas sikit jadi buat sambal... Biasa sambal merah, kali ni buat kelainan sikit... Buat sambal hijau. 

Simple dan senang resepinya... 

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau!

Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau! 


Bahan-bahan:

Ikan yang siap digoreng garing

Bahan-bahan sambal:

6 biji Cili hijau 
3 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah / 1/2 bawang besar
1 biji tomato
1 sudu air asam jawa
Gula dan garam sebagai perisa

Cara masak sambal:

  1. Kisar cili hijau, cili padi, bawang putih dan bawang merah. 
  2. Tumiskan bahan kisar hingga masak dan agak pecah minyak...  Kalau kering boleh letak air sikit.
  3. Letakkan air asam jawa dan kacau rata.
  4. Masukkan tomato yang dipotong nipis.
  5. Masukkan gula dan garam... 
  6. Gaul rata dan sebati... 


Cara hidangan:

  1. Gaulkan ikan goreng dengan sambal sebelum diangkat, atau;
  2. Susun ikan dalam pinggan dan tuang sambal hijau di atas... 


Memang tertarik... Sebab ikan temenung ni goreng garing sedap... Isinya lemak manis gitu... Ikan lain boleh juga... Tapi pastikan goreng garing...

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Ohoiii sedapnya ni makan dgn nasi panas

    BalasPadam
  2. Wah semua hijau..SA ari ni masak kari mayong

    BalasPadam
  3. mmg fevret busyra ni kak.. selalu masak sambal hijau ni.. sedap!

    BalasPadam
  4. Terliurrrr ena tengok. Tapi mesti pedas ni. HEhehe ena kureng tahan pedas

    BalasPadam
  5. terliur tengok ikan ni...sambal hijau ni mmg favorite anak2 jugak nii

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)