GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sejauh mana Ibu Bapa Tahu Tentang Pembelajaran Abad Ke-21?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman makin maju dan canggih... sistem pendidikan Malaysia banyak dah berubah... Dalam dunia perguruan, banyak perubahan dibuat. Antaranya diperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

MF nak kongsikan hal ini bukan sahaja untuk pengetahuan MF sebagai pendidik, tapi ibu bapa juga perlu tahu bagaimana anak-anak di sekolah belajar. Ini penting, supaya, ibu bapa yang moden sekarang ni, boleh didik sedari awal, kaedah ini dari awal supaya bila naik ke sekolah dan pendidikan formal anak-anak lebih terbuka, tak terkejut dengan perubahan tu.

MF tak nak ceritakan istilah yang bebelit lidah.. cumanya, senang faham... Untuk pembelajaran abad ke-21 ni, lebih menggunakan teknologi... Jadi penting juga ibu bapa perkenalkan anak-anak dengan teknologi... supaya kena kawal. Bagus bagi anak main tablet, tapi download perisian untuk pembelajaran.

Kedua, pembelajaran abad ke-21 ni, banyak berpusatkan pelajar bukannya guru lagi. Pelajar yang belajar sendiri dan guru jadi pembimbing. Bukan macam kaedah dulu, iaitu talk and chalk.

Antara kaedah yang boleh dibuat ialah pembelajaran koperatif.

Contoh kaedah:

KAEDAH SHARE N TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
– A ke B
– B ke C
– C ke D.
– D ke A atau
– Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea


KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)



KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.



KAEDAH RALLAY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.



KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.



KAEDAH IDEA RUSH
1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik



KAEDAH FAN N PICK
1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
– Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut


INI HASIL PELAJAR YANG DIHARAPKAN HASIL DARI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Ni antara kaedah yang digunakan untuk jadikan pembelajaran tu seronok di sekolah. Sebenarnya digalakkan guna teknologi, tapi tak dapat nak buat semua sebab faktor peralatan yang terhad, 

Apa pun, bagi MF, bab ilmu agama, adakalanya kita boleh guna kaedah ni, tapi ada kala kena bagi juga penerangan sebab tak semua kaedah ni boleh guna untuk semua topik pembelajaran. 

Untuk itu, buat ibu bapa, galakkan anak-anak belajar dan meneroka sendiri. Anak yang banyak berfikir akan banyak bertanya... Tapi jangan terus beri jawapan pada persoalan yang dia tanya sebaliknya jawab soalan anak dengan persoalan semula. 


Untuk lebih faham dan tahu tentang pembelajaran abad ke-21 ni, boleh lah mencari ilmunya di Google.. banyak dah google jelaskan bab ni. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ