بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Si kakak dah masuk usia 4 tahun 21 hari... Semakin hari, semakin petah dia berkata-kata... Banyak cakap... Dan paling suka bertanya.

Jika dahulu MF suka menjawab pertanyaan dia... Namun, sejak akhir-akhir MF tak lagi jawab pertanyaan kakak... Kenapa??? Bukankah sepatutnya kita jawab pertanyaan si anak???

MF memerhati... MF adaptasi ilmu yang ada, pengalaman yang masih bersisa...

Dari ilmu dan kuliah serta ceramah yang sering  MF dengar di TV, teringat penjelasan dari Ustaz Badli Shah mengenai Generasi yang suka bertanya... Iaitu generasi Y. Biasanya generasi Y ni memang suka bertanya... Bila perhatikan si kakak... Memang ada betulnya...

Salah satu kelebihannya MF jadi guru, MF memerhatikan anak murid MF sendiri... Murid MF ni bukanlah sekolah pelajar yang bijak, tapi golongan sederhana.. Jadi, dapat lihatlah bagaimana perkembangan anak-anak yang sama generasi dengan anak sendiri nih...

Boleh dikatakan, majoriti anak-anak generasi Y ni, banyak bertanya dan kurang berfikir... Jadi kesannya jika kita selalu atau didik anak ni dengan jawapan tersedia apabila ditanya, otaknya kurang berfikir.

Memikirkan MF tak nak anak MF jadi camtu, MF dah mula ubah cara didikan... Dulu rajin angguk juga bila kakak tanya sekarang nih, MF banyak jana pemikiran dia... Biar dia fikir jawapannya sendiri. Tiada jawapan secara terus MF bagi. 

Biasanya, jika kakak tanya soalan MF jawab dengan soalan juga... Dan si kakak ni nampak mula tak nak berfikir... Adakalanya bila kita tanya soalan jawapannya "entah", " tak tahu". Jadi, kena usaha dan ubah pemikiran si kakak nih... Nak kena bagi otaknya rajin berfikir.

MF tak bandingkan MF dengan anak orang lain. Biarpun kakak agak lambat la kenal abjad dan nombor tapi dia hafal itu satu perkembangan positif dah... Cuma MF yakin, bakat anak-anak lebih cenderung ikut suami.. Itu bakat seni... Jadi, bab akademik ni kira sederhana sahaja. MF bukan dalam golongan cerdik pandai... Kira sederhana je. MF tak pernah pergi tadika masa kecil, belajar sendiri kat rumah, umur 7 tahun masuk darjah satu. Kira lain dari rakan sebaya yang lain... Tapi Alhamdulillah dengan kurniaan Allah bagi dulu hingga sekarang...

Jadi, itu caranya nak jana minda anak supaya rajin berfikir. Dia suka tanya sebab nak tahu, tapi jangan beri jawapan secara terus... Jawab dengan soalan atau jana mindanya supaya dia dapat mencari jawapannya sendiri.

Insha Allah... Harap kakak lebih bijak dan berdikari... Insha Allah. 

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. kan? kalau nak menjawab aje, mmg penat. so soalan dgn soalan. lagi satu, yang saya selalu amalkan ialah "kakak.. cuba kakak cerita kat mommy. kakak yang tengok kan? cer cte.. cer cte". sbb dia suka tanya cerita kt tv yang kita x sempat tgk pun. T__T

    BalasPadam
  2. semoga anak-anak kak maria membesar menjadi anak yang pintar ^^

    Aamin..

    BalasPadam
  3. noted and thanks for sharing MF...

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah, terima kasih atas perkongsian ini. Ada benarnya juga, anak saya kerap juga bertanya, ada sahaja yang dia tanyakan. Mula hari ini, saya akan biarkan dia mencari jawapanya sendiri. Terima kasih ya!

    BalasPadam
  5. sama lh..mv pun skg dah x bgi jawapn...bgi dia fikir dulu..ank mv 5 tahun....dah kenal huruf tak ble pndi baca..takat suku kta lps lh....tak nk bandingkn ank dgn ank org lain..sebb setiap ank ada klebihannya sendri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama