div id='header-inner'>

Pernah Tak Kumpul Solat? Solat Akhir Waktu dan Awal Waktu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah tak buat??? Waktu solat dikumpul sekali... Contoh solat Maghrib hampir dihujung waktu, dan menanti terus waktu solat di awal Isyak... Sebabnya solat Maghrib yang pendek dan hampir dengan waktu Isyak. Jika solat awal Maghrib takut ter'ralit' dari solat Isyak... 

Pernah tak???
Pasti pernah kan.. MF pun pernah buat juga zaman jahiliyyah dulu.. Pelbagai alasannya, sama ada malas nak ambil wuduk dan pakai telekung ataupun memang sengaja buat.

Apa hukumnya???

Tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W sangat melarang perbuatan ini.

Saad bin Abi Waqas pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka baginda menjawab, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka Wail."

Mungkin ramai dari kita yang tidak sedar akan hadis ini yang dengan jelas menyatakan bahawa apabila kita sengaja melewatkan satu waktu solat untuk disekalikan dengan waktu yang satu lagi, kita telah menempah tiket ke neraka.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut menafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka Jahannam tempat kembalinya."

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar." [Riwayat Al-Hakim]

Jangan kita sesekali memandang remeh hal-hal yang berkaitan dengan solat. Bisikan hati, "At least aku solat juga!" itu tidak memadai untuk memberi justifikasi kepada perbuatan ini.

Sumber: Nurani, Karangkraf

Sumber: google images

Tapi tanpa sengaja kita terpaksa solat dihujung waktu, maka bukan satu kesalahan. Tapi apa pun kita kena usahakan untuk solat diawal waktu, jika kita nak Allah tunaikan permintaan kita, maka jagalah hak Allah tepat pada masanya iaitu, solat pada waktunya. 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. In sha Allah...terima kasih atas teguran ini...alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Ya Allah... saya la tu. Semoga Allah ampunkan dosa saya. :(

    BalasPadam
  3. terasa jugak disini,,thanks utk peringatan :)

    BalasPadam
  4. :( hu hu hu...
    kekadang kat opis, kumpul asar & zohor.
    aduhai.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)