GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ganti Puasa Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Ramadhan kian menjelang.. dah tak lama dah ni kan... pasti rata-rata sibuk ganti puasa juga kan... dan pasti juga ada yang risaukan puasa bagi ibu bapa yang telah meinggal dunia. Seperti yang kita tahu, solat dan puasa ibadah wajib setiap individu muslim... Jika solat memang tidak boleh diganti dengan orang lain.. Tapi bagaimana pula dengan puasa??? Adakah perlu waris yang masih hidup ni, menggantikan puasa untuk mak ayah yang telah meninggal dunia?

Jom, kita huraikan persoalan ini, dan tambah ilmu hari ni... 

Puasa ganti bagi orang yang telah meninggal dunia oleh waris menjadi perselisihan di kalangan ulama fiqh.
Ganti Puasa Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia!
Sumber: Google Images

Pendapat al-Syafieyyah dalam pendapat yang kuat. Sekiranya ada yang meninggal dunia maka terpulang kepada diri wali sama ada mahu dibayar puasanya dengan berpuasa untuknya ataupun membayar fidyah. Hal ini termasuklah puasa nazar. Pendapat ini disokong oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah.

Ibn Hazim al-Zakiri berpendapat, tidak dibayar fidyah untuk puasa daripada orang yang meninggal dunia, akan tetapi ambil sebahagian hartanya untuk mengupah orang untuk berpuasa bagi hari-hari yang dia tidak berpuasa.Pandangan ini juga merupakan pandangan Ali Thal, Said bin al- Musayyub dan al-Awzarie, Thaus, Hammad bin Sulaiman, al-Zuhli dan al- Hasan al-Bakri dan Qatadah.

Pendapat al-Hanabilah pula, sekiranya puasa yang ditinggalkan puasa nazar maka harus bagi ahli keluarga (waris) mengqadakan (menggantikan ) puasa yang tertinggal disebabkan oleh uzur syarie. Sekiranya puasa yang ditinggalkan itu puasa wajib maka tidak diharuskan mengqadanya oleh ahli warisnya.

Mazhab al-Malikiyah dan al-Hanafiah tidak dipuasakan bagi yang telah meninggal akan tetapi dibayar fidyah bagi hari-hari yang ditinggalkan dengan syarat diwasiatkan terlebih dahulu. Sekiranya tidak diwasiatkan 'wali' boleh melakukan tebusan dengan memberi makan sebagai ganti fidyah.

Memandangkan puasa yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal tidak boleh digantikan dengan berpuasa bagi pihaknya, maka lebih awla (lebih utama) tidak dipuasakan oleh orang lain ketika masih hidup.

Pendapat mazhab al-Syafieyyah yang disokong oleh Imam al-Nawawi merupakan pendapat dan pandangan yang menghimpunkan dua keadaan, iaitu, sama ada digantikan puasa ahli keluarga yang meninggal dunia atau membayar fidyah.

Maksudnya, ahli waris masih berpeluang untuk melakukan kebajikan kepada arwah dari kalangan ahli keluarga. Kalau tidak mampu menggantikan puasa ahli keluarga yang telah meninggal bolehlah dibayar fidyah sahaja.

Mungkin pada masa sekarang membayar fidyah tidak menjadi masalah. Apa pun, puasa yang ditinggalkan oleh ahli keluarga masih ada peluang untuk ditunaikan berdasarkan pandangan mazhab al-Syafieyyah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa meninggal dan padanya ada puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin (fidyah)" (Hr. Tarmizi daripada Ibnu Umar)

Seandainya warisnya mengetahui bahawa orang tuanya atau bapanya ada berniat puasa nazar maka warisnya hendaklah menggantikannya dengan berpuasa sesuai dengan yang dinazarkan. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila sakit seorang lelaki dalam bulan Ramadhan kemudian ia meninggal dunia, padahal ia tidak berpuasa maka ia harus membayar fidyah (memberi makan orang miskin seorang sehari atas namanya). Tiada qadha atasnya. Dan jika puasa nazar hendaklah diqadhakan oleh wali atau warisnya". (HR Abu Daud daripada Ibnu Abbas)

"Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya" -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqadha'kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qadha' bagi pihak ibu-bapanya.

"Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari2 yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan". [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].

Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tida berupaya berpuasa didalam bulan Ramadhan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :
"Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa' gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga." - [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161]. Hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha'kan puasa tersebut. 

Kesimpulannya, jika kat Malaysia kita lebih banyak ikut hukum Mazhab Syafie, jadi boleh ahli waris nak puasa ataupun nak bayar firdyah.. Diniatkan untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. 

Sumber: Pembacaan Kitab Fiqh dan Internet

0Ulasan