GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ayah Pun Nak Masuk Syurga Juga...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Si Bapa berdosa JIKA dia membiarkan kesilapan anak..

Kerana Allah berfirman, 
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ..َ)
[Surah At-Tahrim: 6]

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).."

Maka hukumnya WAJIB untuk pelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka DENGAN menyuruh yanh wajib dan cegah yg mungkar...

Dan jika dia dah berbuat demikian, anaknya tetap ingkar, maka tiadalah dosa kerana firman Allah yang saya telah sebutkan tadi, 

"Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.. "
-surah al-an'am: 164


Ibu bapa HANYA tanggung dosa jika mereka tak mendidik anak2 apa yang wajib..

Jika mereka dah didik, dah suruh, dah paksa, mereka TERLEPAS dari dosa si anak..

" لا تزر وازرة ورز أخرى "
Seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)

Ayat ini disebut 5kali dalam
1) al-an'am: 164
2) Al-isra': 15
3) Fatir: 18
4) Az-Zumar : 7
5) An-Najm: 38

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ