GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Jenis Peribadi Manusia: Anda Yang Mana???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pagi ni, jom kita kenal siapakah diri kita... 
Menurut doktor psikologi dari Switzerland, Carl Jung , terdapat 3 jenis keperibadian umum yang ada pada manusia, iaitu Introvert (introversion) , Ambievert (Ambiversion) dan Extrovert (Extraversion) .

Apa tu??? Istilah apa tu??? Setiap manusia tergolong dalam tiga kumpulan ni.. Jom kita tengok ciri-ciri setiap golongan ini...
Sumber: Google images

1. Introvert (introversion) introvert atau introversion adalah keperibadian manusia yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Jadi manusia yang mempunyai sifat introvert ini lebih cenderung untuk menutup diri dari kehidupan luar. Mereka adalah manusia yang lebih banyak berfikir dan lebih sedikit bergaul dengan. Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam kesunyian atau keadaan yang tenang, daripada di tempat yang terlalu banyak orang.

Ciri-ciri Introvert:
  1. Suka menyendiri
  2. Pemikir
  3. Pemalu
  4. Pendiam
  5. Lebih senang bekerja sendirian
  6. Lebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang ( 1 on 1 interaction )
  7. Susah bergaul
  8. Senang berkhayal
  9. Jarang bercerita, lebih suka mendengar orang bercerita
  10. Senang dengan kegiatan yang tenang dan bercampur orang (membaca, bermain komputer, memancing, berehat dan sebagainya)
  11. Lebih senang memerhati dalam sebuah interaksi.
  12. Berfikir dulu baru bercakap / melakukan
  13. Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan tulisan


2. Extrovert (Extraversion)
extrovert atau Extraversion  merupakan lawan sifat  Introvert . Manusia dengan personaliti extrovert lebih berkaitan dengan dunia di luar manusia tersebut. Jadi manusia yang mempunyai sifat extrovert ini lebih cenderung membuka diri dengan kehidupan luar. Mereka adalah manusia yang lebih banyak bergaul dan lebih sedikit berfikir. Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam keramaian atau keadaan di mana terdapat banyak orang, daripada di tempat yang sunyi.

Ciri-ciri Extrovert:
  1. Suka bersama orang lain
  2. Percaya diri (Kadang boleh berlebihan)
  3. Aktif
  4. Lebih senang bekerja kumpulan
  5. Lebih suka berinteraksi dengan banyak orang sekaligus
  6. Senang bergaul
  7. Lebih senang bercerita, daripada mendengar orang bercerita
  8. Senang dengan kegiatan dengan banyak orang (jalan-jalan, pergi ke konsert, melepak, berpesta dan sebagainya)
  9. Lebih senang mengambil bahagian dalam sebuah interaksi
  10. Bercakap / Melakukan dulu baru berfikir
  11. Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan kata-kata


3. Ambievert (Ambiversion)
Ambievert atau Ambiversion adalah keperibadian manusia yang mempunyai 2 personaliti, iaitu  Introvert dan Extrovert. Manusia dengan keperibadian ambievert boleh berubah-ubah dari introvert menjadi extrovert, atau sebaliknya. Mempunyai personaliti ambievert ini boleh dikatakan baik, kerana manusia tersebut boleh fleksibel untuk diduduki sebagai introvert ataupun extrovert, serta dapat berinteraksi dengan introvert dan extrovert dengan baik. Tidak seperti Introvert yang susah bergaul dengan Extrovert dan sebaliknya.

Namun, kekurangan dari keperibadian ini, kerana mempunyai personaliti di antara introvert dan extrovert, orang dengan personaliti ambievert jadi sering kelihatan moody , kerana sifatnya yang sering berubah-ubah.

Haaahhh... Dah faham kan... Jadi, Korang rasa.. Korang ni kategori mana???

MF rasa dalam golongan introvert... Tapi macam ada kombinasi pun ye juga... Adehh.. Konfius pula dengan diri sendiri... Haha... Jom kongsi... Korang jenis mana eh... Kenapa perlu tahu??  Sebab mudah untuk rakan lain kenal dan layan kita... 

3Ulasan

  1. aida byk buat test psyco ni.
    confirm result semua introvert.
    and yes, memang introvert.

    BalasPadam
  2. menariknya informasi ni, rasanya no 3 kot. hahaha.

    BalasPadam
  3. Kalau saya jelas yang nomor dua, itu saya banget dah,,,!! kok tahu ada rumus ginian darimana min? Terima kasih informasinya menyemangati diri saya, be happy and good work.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ