div id='header-inner'>

7 Cara Meningkatkan Imunisasi Badan Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masa anak masih kecil dalam jagaan kita, mungkin risiko untuk terdedah dengan pelbagai jangkitan penyakit tu kurang. Tapi bila anak mula bersekolah, bergaul dengan rakan lain... Menyebabkan dia mudah terjangkit dengan penyakit biasa seperti demam, selesema dan batuk. 

Perkata ni dah pun dialami oleh MF sendiri... Tambahan dengan perubahan persekitaran sebab baru berpindah ke tempat baru..serta perubahan iklim, menyebab kakak mudah sangat kena selesema, batuk dan demam. 

Secara hakiki, redha lah sebab sakitnya anak sebagai ujian Allah dan penghapus dosa. Tapi sebagai ibu bapa kesian bila lihat anak selalu sakit kan... 

Jadi, info ni berguna untuk MF dan nak juga MF kongsikan untuk rujukan para ibu bapa di luar sana. 

Antara langkah dan cara untuk tingkatkan imunisasi dan ketahanan badan anak-anak melalui cara berikut:
Sumber: Google images

1. Memberikan Susu Ibu Secara Eksklusif
Pada anak 0-6 bulan pemberian susu ibu ekslusif sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh anak. Penelitian yang dilakukan bahwa dengan memberikan susu ibu maka kekebalan tubuh anak meningkat dan memberikan perlindungan terhadap penyakit yang berhubungan dengan pernafasan dan pencernaan. Pada susu ibu itu terkandung gizi yang dapat meningkatkan sistem imun anak. Boleh rujuk juga artikel ni... 

2. Bermain Kotor
Seringkali ibu bapa risau ada anak yang bermain kotor-kotoran padahal dengan bermain kotor maka sistem kekebalan tubuh anak akan berkembang sepenuhnya. Walaupun keadaan anak bermain di halaman akan terkena kekotor yang membantu dalam melacak jumlah patogen dalam melatih sistem imun akan tetapi di sisi lain akan berpotensi menguntungkan dan mendukung sel tubuh dalam memerangi jangkitan. Agaknya, ini punca sistem kekebalan tubuh kakak kurang..sebab dok bandar selama 5 tahun, nak main kotor macam mana kan... Kotor pun takde... Sesekali je la main hujan.

3. Banyak Ketawa
Meningkatkan imuniti tubuh anak dengan banyak tertawa? Ini adalah cara yang menyenangkan untuk membantu dalam meningkatkan daya tahan tubuh. Penelitian yang dilakukan bahwa menonton banyak filem komedi atau kartun yang kelakar akan membantu dalam meningkatkan produksi sel yang membantu dalam meningkatkan kekebalan tubuh dalam membunuh kuman dan flu. Selain itu, selalulah buat anak ketawa dari bersedih... Maknanya kena sabar dan pujuk walaupun waktu anak tantrum dan mengamuk.

4. Rehat Yang Cukup
Penelitian yang dilakukan untuk meningkatkan kekebalan tubuh iaitu dengan rehat yang cukup. Rehat yang cukup akan menurunkan risiko selesema dibandingkan ketika kurang tidur. Bahkan purata tidur sihat untuk anak berusia 3-12 tahun iaitu 10 jam sehari. Oleh itu, anak-anak perlukan tidur yang  lebih lama dibandingkan dengan orang dewasa. Bab ni kena paksa dan buat jadual sedari kecil... 

5. Kurangkan Antibiotik
Kurangi memberikan antibiotik apabila sakit yang ringan. Ada sesetengah ibu bapa meminta doktor untuk memberikan antibiotik padahal penyakit ringan seperti selesema, batuk atau sakit tekak tidak memerlukan antibiotik. Pemberian antibiotik pada anak yang terlalu kerap akan melemahkan sistem kekebalan tubuh pada anak. Tapi kadang perlu juga bila lihat anak tak mampu nak lawan sakitnya. Terpaksa la kan sebab nak bagi dia sembuh.

6. Menghindari Pencemaran Udara
Dengan pencemaran udara maka akan merosakkan silia rambut di dalam hidung yang berfungsi sebagai penangkal masuknya benda asing ke dalam tubuh.  Jauhkan anak dari pencemaran udara seperti asap rokok, asap pembakaran dan beberapa bahan kimia yang berbahaya yang sering dijadikan bahan dalam beberapa alat rumah tangga seperti racun dan penyembur serangga.

7. Ambil makanan yang dapat meningkatkan imunisasi diantaranya :
  • Susu kambing yang mengandung flavonoid yang dapat menambah daya tahan tubuh. Flavonoid sejeni pigmen yang sering terdapat pada tanaman hijau yang dapat meningkatkan sistem imunisasi.
  • Ikan dan Telur mengandung seng yang dapat meningkatkan perkembangan tubuh, memperkuat imunisasi dan menambah kecerdasan minda.
  • Madu merupakan sumber protein penting yang dapat meningkatkan imunisasi. Selain itu mampu dapat menjaga stamina tubuh dan baik diambil setiap hari.
  • Prebiotik adalah bakteri baik di dalam pencernaan yang banyak terdapat makanan olahan seperti yogurt atau beberapa makanan seperti gandum, pisang, madu dan juga kacang-kacangan.
  • Vitamin C mampu meningkatkan ketahanan tubuh anak dari jangkitan dan juga menyembuhkan luka. Boleh juga ambil suplemen atau kandungan vitamin C semulajadi dari buah dan sayur.


Nampaknya perlu lebih perhatian... Mungkin memberi supplemen yang lebih berkesan tanpa bahan kimia atau proses. Tapi MF suka amalkan produk atau natural supplemen atau makanan sunnah sebagai suplemen harian. 

Catat Komen

7 Ulasan

  1. tak sangka apa yang kita buat selalu tu boleh meningkatkan imunisasi badan anak..tapi akak memang tak suka nak bagi ubat banyak2 especially antibiotik.kalau demam dah kebah memang takkan habiskan antibiotik tu

    BalasPadam
  2. Nice sharing kak. Thank u. Anak saya baru lepas kena demam, tak tenang saya dibuat-nya. :(

    BalasPadam
  3. anak2 saya no 4 je yang tak de..susahnya lahai nak tidur.tau nak main je..

    BalasPadam
  4. Bagus lah fakta ni maria...kurangkan antibiotik...julia selalu buat...tujuannya nak Qi build up sendiri antibodi...kalau harap ubt doktor je lg lemah lah fungsi badan

    BalasPadam
  5. agreed.
    especially no 5. cuba la dulu cara tradisional yg lain.
    suplemen sunnah.
    persekitaran bersih, kan :)
    terutama skang cuaca dan persekitaran da kurang sihat berbanding dulu kala.
    minum air putih byk, tu yg paling aida tekan kan kat anak2 bertiga.

    BalasPadam
  6. dulu cik en main dalam paya lagi.. dulu2 ramai budak sihat

    BalasPadam
  7. Boleh menambahkan? Sinar matahari pagi yang cerah dapat menambah kekebalan tubuh secara alami, sehingga anak lebih tahan terhadap berbagai serangan virus dan bakteri dan yang umum biasanya terjadi adalah Virus influenza.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)