GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Wanita Menutup Aurat VS Wanita Menyembunyikan Aurat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



SEKADAR BERKONGSI INFO UNTUK RENUNGAN BERSAMA:


Dr Nukilan Ustaz Zakuan Faiz,...

Saya tidak kagum dengan wanita yang menutup aurat, tapi saya kagum melangit dengan wanita yang berusaha menyembunyikan auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram hatta bayangnya sekalipun.

Para wanita solehah dizaman Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam memahami konsep aurat itu sebagai:

"menyembunyikan diri mereka dari pandangan bukan mahram"
Bukannya...
"menutup badan dan muka dengan kain semata-mata"

Seperti yang difahami so called "wanita solehah" zaman sekarang.
Zaman Rasulullah, Saidatina Aisyah memakai pakaian pengantin yang cantik indah "tanpa berpurdah" ketika walimah.

Tetapi tiada seorang pun lelaki bukan mahram dapat melihatnya kerana mereka berkumpul sesama muslimah sahaja di tempat tertutup.

Zaman sekarang punya "wanita solehah", pakai baju pengantin 'bling bling' indah menawan kalah burung Merak dan akak pamoga, dalam keadaan "berpurdah"...

Tetapi mereka bercampur jantina dan dipamerkan di hadapan ratusan lelaki bukan mahram tanpa rasa malu, tak cukup dengan tu, tangkap gambar dan masuk dalam fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram pulak.

Jadi zaman dulu, biar tak bertudung pun takpe asalkan tiada lelaki bukan mahram nampak.
Zaman sekarang, biar lelaki bukan mahram tatap dan renung asalkan tutup badan dengan kain.
Nampak sama, tapi berbeza.

Note: Apa guna kau tutup kaw kaw atas bawah , kiri kanan, tapi lepas tu kau upload gambar dalam fb untuk tatapan jutaan bukan mahram?

Dimana kemaluanmu?
*ops*
*Mari berubah.
*Jauhi bidaah dolalah.

Sumber: Facebook

Sangat berbeza, wanita menutup aurat, dengan wanita menyembunyikan aurat. Bila terbaca nukilan Ustaz ni, MF muhasabah diri, perbetulkan niat... Letakkan matlamat, suatu hari kita nak jadi wanita yang menyembunyikan aurat, bukan wanita yang semata-mata menutup aurat. Wahai wanita akhir zaman, berubahlah kita, moga kita jadi muslimah yang sejati... dihormati dan disegani, bukan kerana aurat kita tapi kerana kehormatan kita. 

5Ulasan

  1. Nasihat yang baik sis...

    BalasPadam
  2. terjentik hati dan iman...betul...menyembunyikan aurat itu terbaik...menutup aurat itu pula terbahagi 2..menutup bersyariat atau membalut dengan fesyen...

    BalasPadam
  3. Memang dalam maksudnya tu. Konsep yang berbeza. Perbezaan ini perlu difahami oleh setiap wanita Islam.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ