GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!  | Banyak betul produk untuk kurus sekarang ni kan... Bagus lah nak kurus supaya kita senang nak bergerak. Buat ibadah dan lebih mudah mencari pakaian menutup aurat kan... Jadikan niatkan kita nak kurus untuk ibadah...

Sebelum cuba amalkan produk, apa kata amalkan pemakanan seimbang dalam usaha untuk kurus. Antaranya Allah ciptakan buah-buahan yang banyak dan pelbagai warna dan rasa yang pasti banyak khasiatnya termasuk untuk kurus..

Hasil pembacaan di majalah dan Internet serta pengalaman MF yang pernah join seminar kesihatan anjuran Herbalife satu masa dulu, ada 7 jenis buah  untuk kurus, sihat dan cantik. Antaranya :

Sumber: Google images

1. Lemon

Buah ini mampu menurunkan berat badan. Tambahkan madu dan minumlah secara rutin, dapat membantu pembakaran lemak dalam tubuh serta membersihkan dan melancarkan sistem penghadaman tubuh. Air lemon juga sebagai detox semulajadi untuk pembuangan toksin dari badan.

2. Kiwi

Kiwi kaya dengan serat dan vitamin C, yang boleh mengurangkan nafsu makan yang berlebihan. Antara buah kegemaran MF dan keluarga... Walaupun mahal sikit dan susah nak dapat, tapi jika ada jual pasti belim Banyak khasiat buah kiwi serta pengalaman MF menjadikan buah kiwi sebagai penawar semulajadi ...


3. Epal

Buah epal kaya dengan serat dan pemanis semulajadi. Rasa manis dan kandungan air dalam buah epal akan mengundang rasa kenyang lebih lama pada perut. Epal diperah dan dibuat jus pun sedapkan.

4. Pisang

Pisang mempunyai banyak pati larut yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh. Serat dalam buah pisang juga boleh menjadikan perut berasa kenyang lebih lama. Bagus amal makan pisang setiap pagi sebelum sarapan.

5. Nenas

Merupakan salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Mengandungi 85% air, selebihnya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan dan mineral.

6. Tembikai

Sama seperti nanas, buah tembikai tidak mengandungi lemak sama sekali. Kandungan air dalam buah ini lebih tinggi, sehingga berupaya untuk menstabilkan cecair dalam tubuh. Buah tembikai juga mengandungi vitamin A dan C serta mampu memberikan tenaga ekstra buat tubuh.

7. Berry

Strawberi, blueberi dan semua ahli keluarga berry dapat melancarkan sistem penghadaman dan turut berperanan untuk mengurangi kolesterol tubuh serta boleh menurunkan berat badan.


Setiap yang Allah ciptakan ada kebaikan dan khasiatnya... Terima kasih sudi baca entry Kenali 7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!. Semoga bermanfaat.

10Ulasan

  1. mari amalkan terutamanya akak... ha ha ha....

    BalasPadam
  2. ini cara yang lebih natural untuk kurus...

    BalasPadam
  3. Salam, wahh sy xpernah makan kiwi yg betul2 buah tu..selalu minum air kiwi je..semua kiwi same je ke rase dia? ade tips tak nak beli buah kiwi? hahaha...saye xtau :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kiwi jenis hijau lebih sedap dan manis berbanding yang warna kuning...

      Padam
  4. nice sharing..
    ada yg mudah dapat kan..
    so, kena istiqamah je dgn setiap apa yg diamalkan
    inshaaAllah pasti nampak hasilnya nnti

    BalasPadam
  5. dah lama rasanya aina xmkn buah2an sejak busy dgn spm sampai sekrg. jarang2 je makan. bila entah aina nak ubah gaya hidup sihat ni. hmm...

    BalasPadam
  6. dulu akak rajin buat air lemon minum waktu pagi skrg ni dh malas lak... huhuhu
    kalau nk kurus makan tembikai memang cepat turun berat... sebab banyak air tapi mengenyangkan

    BalasPadam
  7. paling kerap makan pisang je.. yang lain2 tu bila g pasaraya baru beli. sejak covid19 ni, jarang dah g pasaraya :-)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ