Tuesday, 21 May 2019

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap | Semalam datang mood rajin nak buat pencuci mulut. Bila bulan puasa nak makan yang manis-manis bila berbuka puasa.

Takde bahan apa yang boleh dibuat sebab tak plan pun, idea dan kerajinan tu datang secara tiba-tiba.

Teringatkan jagung dalam tin baki buat cekodok yang lepas. Nak buat cekodok lagi rasa macam tak lalu nak makan. Dan disebab itu, gigih mencari resepi yang mudah dan senang serta cukup semua bahan kat rumah ni.

Akhirnya terjumpa resepi kuih bakar jagung. Biasa orang buat perisa pandan, ni kita ubah buat jagung style.

Resepi asal, MF ubah juga sebab ada bahan takde, tapi alhamdulillah.. walaupun diubah suai, tetap menjadi dan sedap.

Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap


Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap, kuih bakar mudah, kuih berbuka puasa.
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

Bahan-bahan untuk membuat kuih bakar jagung.


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (MF guna santan kotak Kara)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • 1 sudu pes/kordial jagung (MF guna jenama Double Lion)
  • 1 sudu minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit bijan


Cara membuatnya:


  1. Panaskan oven selama lebih kurang 10minit terlebih dahulu.
  2. Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam blender.
  3. Masukkan jagung dan kisar sebentar sahaja.
  4. Panaskan loyang di atas dapur sebentar, masukkan mentega dan biarkan cair. Tuang adunan yang di blender tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan.
  5. Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam dan 10 minit terakhir tukar kepada api atas sahaja dan menjadikan kuih lebih berkerak.
  6. Biarkan kuih sejuk sebelum dipotong. 
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap, kuih bakar mudah, kuih berbuka puasa.
Kuih Bakar Jagung Mudah dan Sedap

Sukatan ni menjadikan kuih lembut di dalam dan berkerak diluar. Rasanya, cukup manis-manis je dan tak terlalu manis. 

Resepi ni juga takde letak telur dan sesuai untuk sesiapa yang alergik telur. 

Memang mudah sangat nak buat. Boleh la sesiapa nak mencuba sebagai juadah berbuka puasa nanti. 

Selamat mencuba.

2 comments:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^