Wednesday, 15 May 2019

Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna | Pernah tak beli ayam goreng ke, ayam panggang ke, bila gigit sampai ke tulang ada merah-merah dan kesan darah. Daging sikit liat.

Ada orang suka makan daging yang tak berapa masak begitu. Style omputih katanya.

Tapi sebenarnya, banyak bahayanya kalau makan ayam atau daging tak masak.

Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN.


Sumber : Google images

Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna

Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Dalam kes yang ringan, anda mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.

Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.

Sekiranya anda sayang dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74’ C

Jika anda makan di restoran, jangan teragak agak untuk pulangkan menu tersebut untuk di masak dengan sempurna.

Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini. Hati hati

Sumber: Public Health Malaysia


Memang bahaya Makan Ayam Tak MASAK. MF sendiri pernah alami keracunan akibat makan ayam.. Bukan sebab tak masak tapi sebab ayam lama.

Kalau beli ayam, part yang ada tulang baik masak dulu... Kalau nak simpan beku simpan yang daging sahaja.

Dalam tulang atau isi dekat tulang tu ada kuman dan bakteria yang berbahaya.

Fuhh.. Serik kena sekali.. Cukuplah.. Sekarang ni cukup berhati-hati kalau makan ayam.

4 comments:

  1. kami memang akan stop makan terus kalau jumpa macam ni. tak sangka betul rupanya bahaya kalau makan. alhamdulillah, memang buat pilihan yg tepat untuk terus stop makan

    ReplyDelete
  2. akak klu sekali beli terkene mcmni mmg tak beli lg dh kedai tuh... teringat kes yg kenduri kt kedah ke apa beberapa tahun lps tu psl ayam jgk kan, tp ayam dh lama...

    selalunya klu beli ayam grg n nampak tak msk sgt mesti grg semula... biar betul2 garing n msk semuanya

    ReplyDelete
  3. Betul tu, darah ayam yang tak masak boleh menyebabkan risiko pada kesihatan. Saya pun pernah dengar juga kesannya tu, so kena hati-hatilah kan.

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^