بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Pelupusan al-Qur'an Rosak Akibat Banjir | Banjir dah mula reda...di Kelantan dan Terengganu... Tahun ni agak teruk juga, sebab nampaknya kebanyakkan tempat ditelenggami air.
Kebanyakan surau dan masjid juga tak terkecuali kena banjir... Jadi, sudah pasti buku-buku agama dan al-Qur'an juga terkena banjir...
Kertas bila dah kena air... sudah pasti rosak... tambah lagi dengan lumpur yang tebal... memang susah nak dikembalikan seperti asal.. Jadi, kaedah selamat lupuskan saja... Tapi al-Qur'an bukanlah kitab biasa... bukan buku... tapi kitab yang mengandungi kalam Allah secara tulisan... jadi, wajib hormat dengan penuh beradab...
Sumber: google images |
Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat.
Cara melupuskan al-Quran dengan cara menggali tanah dan ditanam
Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di dalamnya.
Cara melupuskan al-Quran ikut Mazhab Hanafi
Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”
Cara melupuskan al-Quran ikut Mazhab Hanbali
Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137.
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84
Cara melupuskan al-Quran dengan cara dibakar
Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar.
Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata : “Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.
Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226.
Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut. Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187
Tarjih
Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf.
Cara menurut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan
Walaupun begitu, menurut Mufti Wilayan Persekutuan... beliau lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidina Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya. Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali.
Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak.
Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.
Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam.
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
Kaedah ini juga MF guna untuk lupuskan kertas-kertas soalan dan buku Pendidikan Islam yang dah tak gunakan lagi... Biasalah, jadi ustazah ni banyak guna bahan yang mengandungi ayat al-Qur'an dan hadis... Walaupun ada kata tak mengapa kalau ayat tu sedikit sahaja... Tapi MF rasa bersalah... tetap akan simpan dan kumpul... kemudian satu masa bakar dalam bekas dan abunya dibuang dalam air yang mengalir...seperti sungai atau laut.
Perkongsian yang menarik kak Maria.. Yea saya pun penah lupuskan buku-buku yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang akak buat tue.. =)
BalasPadamaida ada 2 naskhah kat umah yg da rosak.
BalasPadambut still simpan.
yes la ia bukan buku biasa. syg nak lupuskan.
Terima kasih berkongsi kak maria. Kalau tak silap zarith dulu pernah tengok di TV3 ada satu syarikat persendirian ambil inisiatif lupuskan quran2 lama ni di KL
BalasPadamBiasa memang dengar elok dibakar...
BalasPadam