Friday, 11 January 2019

Gambar Viral Remaja dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Gambar Viral Remaja dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi | Dari semalam, ternampak kat page Mufti Wilayah, gambar yang menarik dan betul-betul natural keakraban kawanan kerbau dengan seorang remaja lelaki di Terengganu.

Hari ni, gambar itu jadi viral di page-page dan blog viral di malaysia...

Dan sememangnya, lihat gambar tu... terbit satu perasaan yang sangat rindu dan sebak buat diriku...

Gambar Viral Remaja dan Kerbau

Gambar Viral Remaja dan Kerbau Buatkan Aku Sebak Teringatkan Didi

MF dulu masa kecil... sejak sekolah rendah.. ada haiwan kesayangan iaitu lembu...

Lembu MF diberi nama Didi... Sangat rapat dan jinak... boleh sangat nak naik atas...

Jinaknya tak boleh digambar...

Keluarga MF memang bela lembu sejak arwah Tok dan Tok Wan lagi... dah beranak pinak lembu tu hingga sekarang. Dah tak tahu berapa generasi dah...

Tapi dulu masa kecil takde kamera nak rakam kan moment indah ni kan... Jadi, tersimpan erat kat memori je la...

MF memang rapat dengan Didi... setiap petang, bagi dia makan nasi sejuk bungkus... lepas je balik dari cari makan... pasti kat tangga dia tunggu... nantikan nasi sejuk bungkus...

Itulah... memang gemuk, manja... Tak pernah dia nak tanduk atau kejar MF pun... kecuali kalau dia tengah menggatal dengan lembu betina...

Rindu kat dia...

Pengorbanan Didi

Didi berkorban... untuk masa depan MF, kerana nak tampung kos pelajaran MF dijual... Didi dijual... hasil jualan dia, MF guna beli Laptop... sampai sekarang MF ada laptop tu.. simpan walaupun rosak... memori yang sangat indah.

Memang seronok dekatkan diri dengan makhluk Allah yang lain iaitu haiwan dan pokok-pokok.. Itu juga salah satu cara nak lembutkan hati kita dan juga akan mendekatkan diri kita dengan Pencipta.

4 comments:

  1. tengok gambar tu memang boleh mengundang sebak sebab teringatkan suasana kecik2 dulu, cantik sangat gambar yang diambil oleh fotografer tu

    ReplyDelete
  2. kiter xde kenangan.Tapi selalu nampak kerbau macam ni lah,seorang kanak-kanak duk heret kerbau tiap petang satu masa dahulu.Rasa kagum juga..

    ReplyDelete
  3. Sedihkan kalau di ikutkan, saya pun dulu ada kucing. Bila mati tu Allah...tuhan je yang tahu

    ReplyDelete
  4. alolo rindu didi ye.. mmg cantik sgt gambar dia laa.. sungguh kagum hubungan dgn kerbau tu

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^