4 Cara Nak Balas Kebaikan Orang Lain

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pepatah Melayu mengatakan... 

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa

Pepatah ni selari dengan saranan Islam... Iaitu membalas kebaikan yang orang pernah buat kat kita. 

Tapi.. Kalau kita buat kebaikan kat orang, janganlah harapkan balasan... Kerana perbuatan atau kebaikan tu akan jadi sia-sia... 

Nak Balas kebaikan orang yang pernah berbudi dengan kita.. Ada 4 Cara menurut Hadis Nabi s.a.w. 

4 Cara Nak Balas Kebaikan Orang Lain

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sesungguhnya ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sesungguhnya ia telah kufur.” (HR. Abu Daud No: 4179) Status: Hadis Sahih.

 Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya membalas kebaikan yang diberikan oleh orang lain.

2.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

a. Membalas pemberian tersebut dengan sebaiknya

b.  Memuji kebaikan atau pemberian orang tersebut

c. Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut

d.  Mendoakan orang tersebut

Balaslah kebaikan serta pemberian orang lain dengan sebaiknya.

Kalau tak mampu balas kebaikan orang dengan sama nilai dengan kebaikan itu... Doakan lah orang itu dengan kebaikan... 

Jangan jadi kacang lupakan kulit... 
Jangan sombong dan bangga diri... Sedangkan kita lemah dan sesekali perlukan pertolongan orang lain dalam hidup kita... Sebagaimana kita perlukan Allah dalam hidup kita... 


Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram


Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !