GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan | Peria, sejenis sayuran yang memang pahit.

Orang lama-lama suka makan peria sebab tau banyak khasiat. Tapi orang muda sekarang, jarang la makan sayur ni.

Sebab pahit tu la kan...


Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.


Peria Memang Pahit, Tapi Banyak Khasiat Untuk Kesihatan


1. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. 

Caranya minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi.
Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

2. Daunnya pula boleh merawat buasir. 

Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.

3. Merawat masalah darah kotor

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.

Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

4. Atasi Ketagihan Minum Alkohol

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria.

Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Bagi orang Islam, haram minum Arak, tapi kalau terminum dan nak ubati ketagihan dan usaha untuk berhenti, cepat amalkan buah peria ni.

5.Sejukkan Badan

Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.


6. Atasi Masalah Pernafasan

Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.


7.  Menggalakkan Penghasilan Susu

Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.


8. Atasi Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Tapi, buah peria tidak digalakkan diambil oleh ibu mengandung sebab katanya boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.

9.   Cantikkan kulit

Peria juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana sebab ada ciri penulenan darah.


10. Tambah Tenaga Untuk Wanita Berpantang

Wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.


11. Mengurangkan Masalah Mata

Antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.


12.    Baik Untuk Perut

Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.


13.    Bantu Turunkan Berat Badan

Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Jadi ia turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan



Petua kurangkan rasa pahit peria

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.

Khasiat makanan
* Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
* Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
* Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
* Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
* Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.


Sepahit-pahit peria, masih boleh dimakan sebenarnya... tapi kalau pahit timun, fuhh.. melekat kat lidah.. tak mampu nak telan ...

Jadi, sedapnya kalau dapat buat keropok peria ni... Hmmm...

Sumber: Pelbagai

4Ulasan

  1. Asalam Etuza suka makan sayur peria ..sedap walaupun ada rasa pahit

    BalasPadam
  2. Banyak khasiat peria ini..yang pahit itulah ubat..yang manis tu selalunya mendatangkan penyakit..nice sharing..tq

    BalasPadam
  3. saya sangat suka makan peria buat ulam, potong2 rendam dengan air garam dan makan...best rangup

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ