GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sejarah Pengharaman ARAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sejarah Pengharaman ARAK! | Kita semua tahu, arak itu haram dan berdosa besar sesiapa yang meminumnya.

Arak bukanlah sesuatu yang baru kerana dari zaman Jahilliyah lagi arak ni jadi satu kebiasaan. Selepas kedatangan Islam, barulah Arak diharamkan.

Namun, arak tidak diharamkan secara sekaligus... Tapi diharamkan secara berperingkat oleh Allah.

Allah ta'ala telah menurunkan 4 ayat berkenaan arak sebelum diharamkan terus secara mutlak sehinggalah hari ini...


Sejarah Pengharaman ARAK!

Peringkat pertama

Ayat pertama, Diturunkan di Mekah iaitu,

ومن ثمرات النخيل والأعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا

(Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik....) surah An Nahl ayat 67.

Umat islam ketika zaman permulaan Islam meminum arak. Dan ketika itu halal bagi mereka.

Peringkat kedua


Ayat kedua, Diturunkan di Madinah iaitu,

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما اثم كبير و منافع للناس

(Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...' ) surah Al Baqarah ayat 219.

Ketika itu sudah ada sahabat yang meninggalkan minum arak berdasarkan ayat, '..padanya terdapat dosa besar..' Manakala sahabat yang masih minum berdasarkan ayat, '..dan beberapa manfaat bagi manusia..'

Kemudian 1 ketika Sayyiduna Abdur Rahman bin 'Auf telah menyediakan makanan dan menjemput para sahabat yang lain untuk menjamu selera. Sekalian mereka yang hadir makan dan minum arak. Tidak lama kemudian, masuk waktu maghrib. Salah seorang dari mereka membaca ayat,

قل ياأيها الكافرون . أعبد ما تعبدون

Ayat ini telah dibuang huruf لا . Bila buang 1 huruf maka berubahlah makna sebenar ayat tersebut. Ini terjemahan ayatnya setelah dibuang huruf 'Lam',(Katakanlah Muhammad, "Wahai orang-orang  kafir, Aku sembah apa yang kamu (orang-orang kafir) sembah). Sedangkan terjemahan sebenar ialah 'Aku tak akan sembah apa yang kamu(orang-orang kafir) sembah.' Ia terjadi kerana sahabat mabuk ketika solat akibat minum arak.

Peringkat Ketiga

Ayat ketiga, Maka akibat peristiwa itu, turunlah ayat,

يأيها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة و أنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون

(Wahai orang-orang  yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu sedar apa yang kamu katakan..) surah An Nisa' ayat 43.

Allah mengharamkan umat Islam minum arak ketika ingin mendirikan solat. Dikhuatiri mabuk menyebabkan mereka salah lagi dalam membaca ayat Al Quran. Oleh kerana itu, mereka pun minum arak selepas solat 'isyak. Dan tatkala subuh menjengah, mabuk itu sudah hilang.

Kemudian pernah 1 ketika Sayyidina 'Itban bin Malik menyediakan makanan dan menjemput para lelaki dari kalangan umat islam datang bertamu. Antara mereka itu ada sahabat bernama Sayyiduna Sa'ad bin Abi Waqos. Dia telah memanggang kepala unta. Maka mereka pun makan beramai-ramai dan meminum arak sehinggalah mabuk.

Kejadian itu menyebabkan mereka berasa sungguh seronok dan mereka pun menyanyi dan mendendangkan sya'ir. Ada setengah daripada mereka bersyai'r memuji kaum mereka sendiri dan mencela kaum lain iaitu kaum Ansor. Oleh kerana dicela, maka seorang lelaki dari kaum Ansor mengambil tulang rahang unta dan terus memukul kepala Sa'ad bin Abi Waqos. Maka sedihlah Sa'ad bin Abi Waqos diperlakukan begitu. Dia pun berjumpa dengan Sayyidina Nabi Muhammad dan mengadu kepada Nabi tentang perbuatan lelaki dari kaum Ansor itu. Maka turunlah ayat di bawah ini,

Peringkat keempat


Ayat keempat,

يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون

(Wahai orang-orang yang beriman, hanya sanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung. Hanya sanya syaitan mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan-perbuatan kamu ini?) surah Al Maidah ayat 90-91.

Selepas turunnya ayat ini maka berkata Sayyidina 'Umar bin Al Khattab, " Kami berhenti dari segala perbuatan kami ini ya Allah.. Kami berhenti..."

Maka barulah arak diharamkan secara mutlak.

Inilah peringkat-peringkat yang berlaku sebelum arak diharamkan secara terus sehinggalah hari ini arak tetap diHARAMkan.

Hikmah diharamkan secara berperingkat

Antara hikmah dilakukan secara berperingkat ialah kerana orang arab memang sudah biasa dengan arak. Bahkan telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Kalaulah arak ini diharamkan ke atas mereka hanya dengan sekali larangan sahaja, menyebabkan berlakunya kesukaran ke atas diri mereka untuk meninggalnya. Boleh jadi mereka tidak menghiraukan larangan ini.


Jadi, sekarang kita wajib patuh dan taat dengan ayat keempat. Ayat pertama hingga ketiga itu terbatal secara mutlak... sebab peringkat pertama hingga ketiga itu diturunkan khas pada zaman itu. Hukum yang mutlak diguna hingga kiamat berdasarkan dalil ayat keempat.

3Ulasan

  1. kat tempat sha ada jugak jadi isu 7e jual arak, kawasan tempat sha ni kampung je pastu lepas wakil rakyat gi sembang dengan owner 7e tu alhamdulillah sekarang dah tak jual. dah la cashier 7e tu melayu huhu

    BalasPadam
  2. baru tau tentang sejarah ni, good sharing kak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ