بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
10 Golongan Yang Akan Terima Balasan Sebab Arak! | Kecoh pasal pesta Arak... Sebenarnya kan.. Pesta ni dah lama bertapak di Malaysia.
Tapi sekarang ni penganjuran ni dah diwar-warkan melalui media sosial. Tu yang ianya jadi sensasi.
Apa pun sebagai orang Islam kita wajib menentang pesta ini yang diiklankan secara terang-terangan.
[Baca juga] Sejarah Pengharaman Arak
“Janganlah kalian tolong-menolong pada dosa dan permusuhan.” AQ 5:2
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لعن رسُول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرةً: عاصرها، ومعتصرها، وشاربها، وحاملها، والمحمولة إليه، وساقيها، وبائعها، وآكل ثمنها، والمشتري لها، والمشتراة له. أخرجه الترمذي وابن ماجه
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkan untuknya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarnya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.
MINUM ARAK, ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA SOLATNYA SELAMA 40 PULUH HARI - SAHIH
"Ibnu Ad Dailami berkenderaan mencari Abdullah bin Amru bin Al Ash. Ibnu Ad Dailami berkata, "Aku masuk menemui Abdullah bin Amru bin Ash, lalu aku bertanya kepadanya, "Wahai Abdullah bin Amru, apakah engkau mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan sesuatu tentang arak?" ia menjawab, "Benar. Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki dari umatku minum arak, lalu Allah menerima solatnya selama empat puluh hari." (HR. Nasa'i: 5570)
Jadi, jika ada kerja yang menyebabkan kita terpaksa lalui jadi antara salah satu golongan ni.. Baik elakkan dan tinggalkan. Tak kiralah terpaksa atau pun dengan rela..
Allah... semoga kita dijauhi oleh arak
BalasPadamGolongan ini dah tak takut sebab ada yang membela.. Kalau dulu dibuat secara senyap senyap sahaja..
BalasPadamDulu Kak Feni pernah kerja 7e dan semua orang tahu 7e jual benda ni. Pernah kena tegur dengan seseorang tentang ni. Tapi masa tu jahil kan. Tak nasib tak lama kerja 7e.
BalasPadam