Jangan Nak Malas-malas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tahukah kita betapa ruginya menjadi seorang yang malas? Dari segi kebersihan jika kita malas, rumah kita bersepah, pakaian kita nampak lusuh dan berbau dan orang sekeliling kita mula menjauhi kita. Itu baru 1 contoh.

Setiap antara kita pasti ada rasa malas namun yang membezakan ialah bagaimana kita menangani sifat malas itu. Jika kita turut rasa malas maka kita akan terus bermalas-malasan. Itu yang perlu kita ambil cakna. Kerana malas dibimbangi boleh menjauhkan kita dengan Allah. Malas solat, malas buat amal, malas dan malas.




Doa Hindari Sifat Malas

Berdoalah supaya kita dijauhi sifat malas ini. Lihat orang yang dikeliling kita supaya memberi kita motivasi untuk berubah. Ingatlah betapa rugi menjadi orang yang malas. Amalkan doa yang di ajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kita.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukkan di waktu tua, dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.” (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)

Wallahualam.

kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian, semoga sha tak malas malas dah lepas ni ><

    BalasPadam
  2. Hadoi.. tak faham dengan orang yang malas nengemas nie.. mengundang penyakit je..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^