16 September 2018

Steam Iron Manual Pun Cepatkan Kerja Gosok Baju Juga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah trending pasal iron sekarang ni. Ikut trend... Iron steam menjadi pilihan ramai suri rumah dan wanita bekerjaya.

Bila MF kaji dan belek... Apa yang menjadikan iron steam ni mudahkan kerja menggosok baju...

Owh... Sistem steam dan pemanasan air.. Tu kan... Lepas tu semburan air tu buatkan kita tak perlu nak gosok 2 belah pakaian. . Gosok sebelah je.. Sebelah lagi akan licin juga macam siap digosok...

Jadi, MF ni takde iron steam yang mahal. . Huhu.. Tak mampu lagi nak beli..

Jadi, redha dan syukur aje dengan iron yang sedia ada.. Iron Lagend yang suami MF beli masa dia mula-mula masuk tentera dulu...

Seterika jenama National yang memang Lagend kan... Berat memang berat... Tapi mudah nak gosok.. Tak penat nak tekan.

Jadi, MF cuba cari solusi nak aplikasi kan iron steam menggunakan dry iron...



Caranya, MF cuba semburkan air hingga agak lembap... Lepas tu baru gosok...


Waa... Menakjubkan... Gosok sebelah je.. Sebelah lagi pun licin.. Haha.. Senang kerja.. 
Walaupun guna dry iron... Tapi aplikasikan teknik steam Iron dengan spray air sebelum gosok memang menjadi...

Cuma kekurangannya kena laras suhu la.. Padan la kan.. Sebab ni iron biasa je... Tapi sekurang-kurangnya tak perlu dah nak iron 2 belah...

Walaupun manual kena spray tu... Tapi memudahkan dari yang biasa... Tak pelah takde yang mahal pun... Ada iron ni pun dah syukur..

Dulu lagi teruk... Takde letrik... Menggagau cari iron arang bawah katil... Kira, ada iron ni pun ok kan...

Syukuri apa yang ada... Hidup kalau nak ikut trend jenuh juga... 

2 ulasan:

  1. Orang ada-ada boleh la pakai steam iron philips yang mahal tu. Saya pun guna teknik sama macam akak juga :P

    BalasPadam
  2. sha suka jugak iron jenis ni, senang nak hilang kedut. selalu sha sembur iron water jenama tesco tu murah je hehhehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^