GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kadar Bayaran Pengasuh 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kadar Bayaran Pengasuh 2018 | Info ini MF dapat dari page bersumberkan dari group pengasuh....Cuma tak dapat dikenal pasti group pengasuh mana... Sebab kat Facebook tu banyak sangat group pengasuh mengikut kawasan.

Namun, MF kongsikan rate ini untuk panduan secara umum sahaja... Tapi untuk lebih kepastian boleh rujuk pengasuh persendirian masing-masing.

Ada pengasuh ok dengan harga hasil perbincangan bersama ibu bapa... Ada juga ada tetapkan harga mengikut kaedah ini...

Kadar Bayaran Pengasuh 2018

Kadar Bayaran Pengasuh 2018

Cas Bayaran bagi bayi berusia 3 bulan hingga 4 tahun :

Bayaran dikira mengikut jam:
8 jam : RM350
10 jam : RM450
12 jam : RM500
Kerja shift (12 jam) : RM550
Lebih masa (OT)  : RM5.00/sejam

Cas Harian:

Sehari : RM60 (12 jam)
Separuh hari : RM40 (8 jam)
Transit sekolah rendah : RM150/sebulan
Transit tadika (12pm/5.50pm) : RM200/sebulan

Cas Hari Cuti

Jumaat/Sabtu : RM70
Sabtu/Ahad : RM70
Cuti Umum : RM80
Cas Bermalam : RM100

Kadar Bayaran Pengasuh 2018
sumber: Facebook 

Ini antara yang MF dapat info dari Facebook tu... Tapi maklumat lanjut boleh rujuk taska, tadika atau pengasuh masing-masing.

Ada pengasuh ok, ada yang tidak... Sebab pengasuh pun manusia juga.

Bagi MF memang logik la naik harga ni sebab pengalaman MF hantar anak pengasuh 4 tahun lepas pun RM300 seorang... Cuma MF syukur pengasuh MF tu tak berkira orangnya.. Ambil lambat ke, cuti ke takde cas tambahan... Bahkan makan pun kadang MF tak sediakan.. Dia yang masakkan semua... Alhamdulilah...

Nak cari pengasuh persendirian ni kena cari yang betul-betul suka anak-anak bukan sebab kerjanya mengasuh. Atau duit semata-mata.

Tapi kalau pengasuh yang berdaftar, pastikan ada semua pekerja tu didaftarkan dengan pihak berwajib.

Rate yang MF kongsikan ni mungkin di kawasan bandar sebab dikawasan kampung atau luar bandar masing dalam lingkungan RM250 macam tu.

Apa pun memang menguji nak cari pengasuh yang baik dan serasi... MF sekarang ni Alhamdulilah dah tak pening fikirkan pengasuh sebab suami MF jadi MR.Mama di rumah... Dia bekerja di rumah sambil mengasuh semua anak-anak kami... Alhamdulilah.. Jadi tak risau bab duit atau bab penjagaan yang tak sempurna.. Rezeki MF di situ.

Apa pun, MF doakan ibu bapa yang sedang mencari pengasuh anak di permudahkan urusan dan dapat pengasuh yang baik dan serasi.

Sebenarnya, bab mengasuh anak ni..Kena ada toleransi... Kita mudahkan urusan pengasuh, pengasuh pun insha Allah tak kan berkira dengan kita.. Insha Allah...

Sekian, semoga bermanfaat. 

10Ulasan

  1. Setuju sangat.. Bab bab ngasuh anak nie nak kena cari yang memang suka budak.. Kalau tak tragedilah jawabnya.. Pengasuh anak Sha, alhamdulillah okay.. Malah tak caj lebih pun.. Lega rasanya dapat pengasuh yang baik..

    BalasPadam
  2. uisshh,,tgginya..pengasuh anak sha sebelum ni 250..skrg dh naik 300...biasa kalau malam sha tggl..tmbh rm10...mkn pun kadg2 je bg..kebanykkn memg mkn kt umh pengasuh dia..aah..pengasuh ni biarlah yg betul2 bukn skdr cri duit je..

    BalasPadam
  3. saya tengah sedih sangat ni.
    anak 3 tahun dengan 5 tahun.
    tahun 2017 pengasuh pengasuh ambil upah rm300 seorang. means rm600 sebulan. tpi tiap bulan sy tanpa gagal mesti bagi lebih dalam rm650-700.
    tahun ni 2018, yg 5 tahun dah masuk sekolah. sy tnya harga, pengasuh cakap sama xkurang! sy terkelu. rasa nak ngis 😭😭
    ada siapa2 kenal pengasuh kawasan kampung baru,KL? pleasee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp la ad lg org yg ta boleh tolak ansur...kalau sis kt area jinjang,msti wife sy ambik jg (bkn sbb upah sbb wife bkn pngasuh) wife mmg suka budak2.. Di rumah lama dulu slalu wife bawa blk ank jiran2...bila dah pindah jinjang ni jiran2 tak ada yg ada budak2..dia sunyi ta de kawan...hehe..nak timang zuriat sndiri blum ad rezeki..tu yg tumpang kasih anak jiran2.. Hehe

      Padam
  4. Sy jaga budak 2tahun n 7tahun rm400 ..shift kerajaan...nurse. . Murah ke mahal..
    Dan 7tahun,10tahun Dan 6tahun rm 350
    Kerja office hours 9 jam.... Mkn Sy baru.. Mcm mana murah ke mahal

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Saya nak tanya.. Kalau bayaran gaji pengasuh untuk bayi usia kurang 1 bulan hrga sepatutnya dikenakan berapa? Hari biasa ternasuk sabtu dan ahad.. Cuma cuti ari selasa 1 hari dlm seminggu.

    BalasPadam
  7. Sy ada pengalaman jd pengasuh. Apapun smuanya drp toleransi antara pengasuh dan majikan.

    BalasPadam
  8. Atas pengasuh jugak... Biasa kalau hujung minggu hantar jugak memang kena tambah sikit, kalau setakat jaga lebih sejam dua dari biasa memang tak caj pun...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ