GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Motivasi - Tuhan Membalut Hadiahnya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TUHAN MEMBALUT HADIAHNYA


Manusia jika ingin memberi hadiah, pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya. Hadiah yang berharga tidak  akan diberi tanpa berbalut.

Begitu juga Allah, apabila ingin memberi hadiahNya. Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan dan kegagalan.

Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu. Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan 'membalut' anugerahNya.

Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan. Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.

Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya. Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan. Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya.”

Justeru, bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia, tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

InsyaAllah, Aamiin.

Sumber: Ustaz Pahrol Mohd Juoi via telegram channel 

5Ulasan

  1. Semoga saya juga bisa mendapatkan hadiahNya kelak mba maria.
    Lama nih tidak berkunjung mba.

    BalasPadam
  2. Setiap daripada kepahitan insyaAllah ada nikmat kemanisannya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsiaan kak maria . Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang (:

    Datang dari AFBdotcom (:

    BalasPadam
  4. Setuju pendapat akak. Semoga kita semua murah rezeki dan dilimpahkan kurnia daripada Allah SWT. InsyaAllah.Aamin. :)

    BalasPadam
  5. Sabar Dan yakin dengan kasih Dan sayang Allah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ