div id='header-inner'>

Dengan 2 Cara Ini, Tak Susah Lagi Nak Travel Walaupun Anak Minum Susu Botol

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dengan 2 Cara Ini, Tak Susah Lagi Nak Travel Walaupun Anak Minum Susu Botol | Dulu masa anak pertama, tak pernah ada halangan nak travel jenjalan sana sini sebab anak MF menyusu badan... Cuma bawa selendang sebagai nursing cover untuk menyusu di tempat awam.

Bila anak dah putus susu pun MF tak pernah ajar bancuh susu ketika travel, cuma belikan susu segar kecil tu sebagai bekalan... Senang tak perlu bancuh-bancuh.

Masuk anak kedua, pun agak mudah sebab anak kedua menyusu badan lagi lama dari anak pertama... Tapi ujian Allah, anak ketiga tak lama menyusu badan... Usianya 10 bulan dia dah mula menyusu dengan susu formula sepenuhnya... Reda... Tapi rasa agak leceh bila nak berjalan sana sini.

Setiap kali nak ke bandar aje pun, nak kena usung bakul yang siap dengan kelengkapan menyusu... Termos dengan air panas, air masa, susu, dua botol yang siap di bancuh... Ambil masa setengah jam nak siap kelengkapan tu sebelum bertolak...

Tapi, alhamdulillah.. Dengan ilham itu datang.. Untuk memudahkan lagi urusan kita... Kini tak lagi rasa leceh dan susah nak sediakan susu formula ketika travel. Bahkan tak payah nak berhenti kereta kat tepi semata-mata nak bancuh susu.

MF kongsikan

 2 Cara Mudah untuk Sediakan Susu Formula Walaupun Ketika Travel.


1. Bancuh Susu Dalam Termos

Ini cara mudah... Ternampak orang  jual botol susu termos, buatkan MF terfikir perkara ni... Apa kata buat susu siap-siap dalam termos. Bancuh ikut sukatan anak kita minum.

Macam anak MF minum susu 90ml setiap kali menyusu. Setiap 90ml dibancuh dengan 2 scope susu... Jadi, kita bajet lah berapa kali anak menyusu dengan anggaran masa 6-8 jam.. Sebab biasanya susu tahan hingga 6-8 jam aje.. Lepas tu akan basi dan masam walaupun dalam termos. Cara ni memang mudah... Bila anak minum terus aje tuang dalam botol ikut sukatan yang dia minum tanpa menjejaskan sukatan asal. Sebab kita dah sukat dah susu dan air dari mula bancuh... Jadi, pandai-pandai lah kira.

Dengan 2 Cara Ini, Tak Susah Lagi Nak Travel Walaupun Anak Minum Susu Botol


2. Sediakan Garam dan Beras

Bila travel, masalah nak basuh botol kan.. Tak susah.. Cuma sediakan garam dan beras serta air panas sebagai bahan pencuci... Masukkan beras yang bercampur garam dalam botol. Masukkan air panas dan goncang. Insha Allah.. Garam dan beras tadi bertindak macam sabun pencuci botol... Hilang lemak susu pada botol dan boleh guna botol tu untuk sesi penyusuan seterusnya.

Mudah sikit nak travel dengan cara ini.. Apa pun menyusu badan lagi menyenangkan kalau nak travel kan... Jadi, itulah kelebihan kalau menyusu badan.. Tak payah nak fikir kelengkapan menyusu... Memudahkan ibu dan bapa juga... Jadi, kalau ada rezeki menyusu badan tu jangan disia-diakan.

Ini hanya dari pengalaman MF sendiri... Yang nak cuba cara ini dipersilakan, yang fikirkan risiko atau apa-apa kemungkinan mungkin tak sesuai dengan cara ini... Mungkin juga tak sesuai bagi baby yang ada alergi atau faktor kesihatan yang tertentu. 

Catat Komen

5 Ulasan

  1. bagus nya cara MF ni.. especially tang basuh pakai garam dan beras tu...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    BalasPadam
  2. Nanti dah ada anak boleh guna tips kak maria .

    Datang dari AFBdotcom (:

    BalasPadam
  3. Garam dan beras Tu first time mama dengar. Tq ye

    BalasPadam
  4. Dlm flight leh bawa susu yg dh siap bncuh dalm termos ye?

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)