18 September 2017

Resepi Daging Masak Sambal Mudah dan Ringkas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Daging Masak Sambal Mudah dan Ringkas | Bila sebut daging, mesti orang akan masak sup, masak hitam dan kari atau gulai... Jarang orang masak sambal... Tapi MF suka sambal daging masak kering... Ala-ala paru goreng sambal...

Daging masak sambal ni MF masak seringkas mungkin tanpa guna bahan yang banyak.

Resepi Daging Masak Sambal Mudah dan Ringkas


Resepi Daging Masak Sambal Mudah dan Ringkas



Bahan-bahan:

  • 1kg daging
  • 1 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 30 tangkai cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 2 keping asam keping
  • Air rebusan daging
  • Gula dan garam sebagai perasa.


Cara-caranya :

  1. Rebus daging hingga hampir empuk. Dan jangan lupa masukkan asam keping semasa merebus daging. Simpan air rebusan daging untuk masak sambal nanti.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak...
  4. Masukkan air rebusan daging, dan isi daging dan biarkan hingga masak.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Memang simple aje resepi Sambal daging ni... Tapi rasanya.. Membangkitkan selera..  Insha Allah...

2 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^