GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Bayar Hutang Orang Dah Lost Contact

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Bayar Hutang Orang Dah Lost Contact! | Hutang, perkara harus dalam Islam... Dalam Islam memang boleh berhutang... Asalkan ikut tatacara ya... Tapi kadang kita tak ikut...

Hukum bayar hutang wajib atas apa cara sekalipun... Jika mampu bayar hutang, tapi sengaja bertangguh menjadikan hukumnya HARAM.. Tapi atas kejahilan kita, kadang sikap suka bertangguh tu buatkan hutang terbengkalai...

Bila datang kesedaran dan keinginan serta kemampuan untuk bayar tu baru rasa nak membayar... Tapi malangnya kadang, orang yang kita berhutang dengannya tu, hilang tak dapat di kesan... Mungkin dah pindah, ntah hidup atau sebaliknya...

Jadi, mula risau kan... Sebab status hutang tu... Macam mana nak bayar nanti ni...

Baik... Ini penjelasan dan cara penyelesaiannya...

Bagaimana Mahu Membayar Hutang kepada orang yang Tidak Dapat Dihubungi?



SOALAN

Asalamualaikum, Ustaz. Saya ingin bertanya. Saya ada berhutang dengan kawan saya semasa belajar dahulu. Selepas belajar, kami terputus hubungan dan saya tidak tahu bagaimana mahu membayar hutang mereka.

Bagaimana cara lslam bagi membayar hutang kepada orang yang tidak dapat dihubungi atau lost contact?

JAWAPAN:

Pertama sekali kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menghubungi kawan kita itu dan membayar hutangnya.

Jikalau kita tidak berjaya menghubunginya ataupun kawan kita itu sudah meninggal dunia namun kita berjaya menghubungi warisnya seperti isteri ataupun anak-anaknya, maka hutang itu perlu diserahkan kepada warisnya yang masih ada. Jikalau kita tetap gagal menghubungi kawan itu dan gagal juga mengenalpasti ahli warisnya, maka jalan melangsaikan hutang kita adalah dengan bersedekah sebanyak jumlah hutang itu untuknya

Wallahua'lam.


Sumber: Telegram Channel @KemusykilanAgama

Jadi, usahalah cari.. Kat Facebook ke website ke Mana-mana kan.. Jika tak tau juga... Kita sedekahkan duit tu dengan niat atas nama kawan kita tu... Selebihnya mohon ampun atas khilaf kita dan moga diterima amalan kita itu... Insha Allah... 

3Ulasan

  1. Semoga kita semua tiada hutang tertinggal takut Dituntut nanti

    BalasPadam
  2. thanz share kak...mmg ada juga dh cari die nk byr mntk no akaun tapi kata nnti2...kita plak yg rasa srba slh sbb nk byr die suruh tunggu, tnya rumah smpai skrg tak ckp,,,huhu

    BalasPadam
  3. Salam, jemput join GA saya :)
    https://asyiqin89.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ