GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Resepi Untuk Tambah Darah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Resepi Untuk Tambah Darah | Masalah kekurangan darah juga boleh diatasi dengan menu pemakanan.

MF memang keturunan darah kurang dan tekanan darah kurang. Memang ada wanita jenis kurang darah... lebih ketara bila datang bulan... kesian dan bahaya... Bagi mereka yang mengalami masalah ini dan ingin cuba cara mudah yang sedap, jom cuba resipi ini.


3 Resepi Untuk Tambah Darah

DELI SPINACH DIP

Bahan-bahan:
1 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih cincang
1 ikat sayur bayam yang dicincang
1 cawan krim masam
1/2 cawan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah


Cara membuat:
Tumis bawang putih.
Masukkan bayam.
Biarkan sejuk seketika sebelum boleh dimasukkan krim masam, mayonis dan lada sulah.
Gaul hingga sebati dan sejukkan sebelum di hidang.
Ia lazat dimakan bersama roti, biskut keju atau apa saja pembangkit selera.


TIP
Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

MF tak pernah buat resepi ni, biasa bayam hijau goreng kering je... bayam merah buat sayur air je... Bayam goreng pun sedap juga..


KERANG KUKUS TANPA AIR

Bahan-bahan:
400gm kerang
3 batang serai yang dititik
Daun bawang
3 batang cili
1 sudu minyak zaitun


Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam satu periuk yang besar. Elak masukkan air kerana kerang akan menghasilkan air sendiri.
Masak selama 15 minit dengan api besar.
Boleh dihidang makan begitu saja sambil cicah sambal kicap.


TIP
Cara mudah membersihkan kerang yang berpasir adalah dengan memasukkan kerang ke dalam plastik. Goncang supaya kerang 'berlaga' untuk menanggalkan pasir pada cangkerang. Kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink dan Vitamin B12 yang berguna untuk mengangkut oksiegn ke seluruh tubuh. Selain itu, membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.


HATI AYAM DAN CILI BENGGALA BAKAR

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
2 biji cili benggala warna merah, hijau dan kuning
Halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam
Kicap pekat
Madu

Cara membuat:
Kisar kesemua bahan kecuali hati ayam dan cili benggala.
Bahan kisar ini dijadikan sebagai bahan perapan hati ayam dan cili benggala selama 30 minit.
Setelah sebati, cucukkan isi hati ayam dan cili benggala pada pencucuk seperti kayu lidi.
Dengan suhu 180 darjah selsius, bakar hati ayam dan cili benggala selama 15 sehingga dua puluh minit.


TIP
Ramai yang memperkatakan keburukan memakan organ dalaman seperti hati ayam. Namun, hati ayam amat sesuai di ambil oleh pesakit yang baru kehilangan darah seperti selepas pembedahan atau penghidap anemia. Hal ini kerana, hati ayam  kaya zat besi, folate dan vitamin B12. Oleh sebab itu, resipi hati ayam ini dibakar bersama cili benggala untuk lebih berkhasiat.

Sumber: Majalah Keluarga


Makanan lain yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah dan mengatasi masalah tekanan darah rendah atau masalah HB rendah ialah:
Jambu batu
Delima'
Kurma
Pucuk paku
Jantung pisang

3Ulasan

  1. Resepi yang GV rasa adalah rare. Semua bahan berkhasiat. Terbaik kak maria. :D

    BalasPadam
  2. bagusnya resepi ni.. boleh cuba bagi yg bermasalah

    BalasPadam
  3. Kerang kukus paling sedap! Suka ratah sambil tengok movie

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ