08 Mac 2017

[RESEPI] HOMEMADE BISKUT BABY MUDAH, GUNA 2 BAHAN SAHAJA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, anak MF dah melepasi 6 bulan iaitu fasa pertama eksklusif penyusuan susu badan. Kini diteruskan dengan fasa kedua dan ditambah dengan makanan pejal. Bila anak suka makan ni, otak memang akan memikir makanan apa untuk dia setiap hari... 

Selain bubur, mesti ada kudapan juga sebab bayi ni suka menggigit.. nanti habis kain, baju bantal digigit dan dihisapnya.. Jadi ada baiknya bagi makan biskut.  Ini kerana dalam fasa ini, bayi perlu dirangsang kemahiran gusi sebagai persediaan tumbuh gigi.

Biskut baby memang ada jual je kat luar tetapi sebenarnya biskut yang dijual secara komersial sudah tentu ada kandungan gula dan bahan pengawet tertentu untuk bagi ia tahan lama. Walaupun dikatakan selamat untuk bayi namun kita patut lebih risau tentang kesan jangka panjangnya.

Jadi, dalam nak membuat biskut baby, kalau boleh nak yang senang kan.. Jadi terjumpa resepi biskut bayi ni buatkan MF teruja nak buat dihujung minggu nanti.. 

Jom kita belajar buat biskut baby nanti..

Bahan-bahan:
1/2 cawan rolled oats organik
1/2 cawan puri labu atau
1/2 cawan pisang yang dilenyek atau
1/2 cawan puri epal

Bahan tambahan (jika suka)
segenggam kismis
segenggam kurma (dicincang)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Kisar rolled oats organik sehingga menjadi tepung oat.
3. Campurkan tepung oat dan puri labu. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bahan tambahan (jika letak).
5. Buat doh menjadi bentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan baking sheet.
6. Bakar biskut kira-kira 12 - 18 minit, bergantung pada saiznya.
Untuk memvariasikan pilihan biskut, boleh buat beberapa jenis perisa. Hanya perlu menukar bahan puri mengikut citarasa bayi. Selain tiga bahan cadangan di atas,  boleh gunakan pir, ubi keledek, avocado dan lain-lain lagi.


Contoh rolled oat...
Sumber: google images

Selain itu penggunaan rolled oats menjadi tepung sesuai untuk bayi berusia 6 - 12 bulan. Jika anak ssudah berusia setahun ke atas, rolled oats tidak perlu dikisar halus menjadi tepung lagi.
Mudah kan? Biskut ini juga sesuai dimakan oleh ibu dan ayah kalau tengah berdiet. Bahkan kandungan oat juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Muhahaha... teruja ok baca resepi ni.. dah terbayang biskut tu... sabarlah... esok lusa kan ku cari bahannya... Jumaat kita membakar... wah.. teruja sungguh ni... 

Olahan sumber: Karangkraf.com
Previous Post
Next Post
Related Posts

1 ulasan:

  1. Mudahnya .. semudah A,B,C 😂
    T.kasih berkongsi resepi

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^